PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 12 September 2012

TAZKIRAH & JAMUAN HARIRAYA

KG.GELOK, LENGGONG- Suasana sambutan Eidulfitri masih rancak diraikan oleh jawatankuasa Cawangan-cawangan PAS Kawasan Lenggong.
Hari ini, YDP PAS Kawasan, tn Hj Razman Zakaria dijemput meraikan majlis jamuan terbuka dengan hidangan makan tengahari berserta menu ikan bakar dan ulam-ulaman disediakan oleh jawatankuasa cawangan yang menyelerakan.
Jamuan tengahari dimulakan dengan bacaan tahlil dan tazkirah disampaikan oleh, tn hj Razman Zakaria.
Memetik tazkirah ringkas, Tn hj Razman berkongsi pengalaman beliau, ketika menghadiri kuliah subuh ditanah suci Makkah semasa melaksanakan ibadah umrah pada bulan Ramadhan baru-baru ini, seorang guru agama berbangsa arab telah menyatakan bahawa, ayat Al Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril A.S pembawa wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu ialah, (Iqra') bermaksud, 'bacalah'.
Mukjizat Al-Quran yang tidak ada syak atau keraguan bagi setiap umat islam mukmin, tidak dapat dipertikaikan oleh manusia mengenai keterangan yang jelas dan kebenarannya, terkandung didalamnya batas-batas hukum diperintahkan oleh Allah supaya manusia melaksanakannya dengan penuh rasa taqwa.
Setelah kita beriman dengan kitab Al-Quran. Maka, wajiblah kita melaksanakan setiap apa yang telah terkandung didalamya sehinggalah tiba hari kiamat.
Seruan Jibril A.S keatas Nabi Muhammad S.A.W dengan perkataan Iqra' (bacalah) kepada Nabi S.A.W yang ummi telah dibahaskan oleh guru agama berbangsa arab ini.
Menurut guru agama yang berpandangan luas ini, seruan Allah S.W.T Iqra', yang dibawa oleh Jibril A.S ini hendaklah diterjemahkan dalam ertikata yang lebih jauh lagi. Yakni, 'membaca' setiap keadaan atau situasi yang berterusan berkaitan apa yang ada disekeliling kita pada hari ini. Kerana benarlah firman Allah dan sabda Rasulullah S.A.W  bahawasanya, Al Quran dan hadith sesuai disepanjang zaman.
Jelasnya lagi, wahyu Iqra' diturunkan oleh Allah kepada Nabi S.A.W yang ummi (tidak tahu membaca & menulis) ini sangat bermakna untuk seluruh umat islam memikirkannya bersama-sama.
Menurutnya lagi, apa yang dibaca dan difahami melalui Al-Quran ini hendaklah dihayati dan diamalkan oleh setiap umat islam bukan hanya sekadar membayangkan apa yang telah berlaku kepada Nabi-nabi, Rasul-rasul dan umat yang terdahulu sahaja. Bahkan ianya hendaklah dibaca keadaan dan situasi yang sedang berlaku disekeliling kita disetiap negara, negeri dan bumi tanahair umat islam pada ketika ini.
Tn hj Razman menyeru kepada semua, supaya kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh menyeru manusia melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah secara keseluruhannya.
Kita semua telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mematuhi semua suruhan-NYA. Oleh kerana itu, menjadi kewajipan kita semua menentang golongan yang tidak mahu menegakkan kebenaran menurut apa yang telah diputuskan oleh Al-Quran.
Tidak ada medan lain lagi, untuk mengalahkan pihak-pihak penentang hukum Allah ini. Satu-satunya jalan untuk mengalahkan golongan ini ialah melalui pilihanraya umum yang semakin hampir.
Oleh yang demikian, persiapkanlah kekuatan, lihatlah persekitaran, 'bacalah' situasi dan keadaan setempat supaya tidak berlaku sebarang penipuan oleh pihak lawan yang sedang berusaha mempertahankan kemenangan walau dengan apa cara sekalipun pada pilihanraya umum kali ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan