50 maut bahana pergolakan Myanmar
27 Rejab 1433H. [MOD] -
SEORANG remaja sedih melihat rumahnya yang dibakar di Sittwe.
Berpuluh-puluh lagi cedera dalam keganasan dua minggu di negeri Rakhine
SITTWE:
Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan ramai cedera dalam pertempuran
di negeri barat Myanmar semalam ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) memberi amaran mengenai derita beribu-ribu penduduk yang
kehilangan tempat tinggal akibat rusuhan itu.
Akhbar
kerajaan, New Light of Myanmar, melaporkan 54 lagi cedera antara 28 Mei
dan 14 Mei di negeri Rakhine berikutan keganasan antara penduduk Buddha
tempatan dan orang Islam Rohingya.
Laporan
tidak menyebut sama ada angka kematian terkini termasuk 10 penduduk
Islam yang dipukul hingga mati pada 3 Jun oleh penduduk Buddha bagi
membalas dendam berikutan seorang wanita Rakhine yang dirogol dan
dibunuh, di mana ia menjadi punca keganasan.
Khamis
lalu, seorang pegawai kanan tempatan berkata seramai 29 orang, 16
penduduk Islam dan 13 Buddha dibunuh tetapi kumpulan hak asasi dan
sumber tempatan lain percaya angka sebenar di kampung pedalaman di
Rakhine mungkin lebih tinggi.
Polis
menguatkuasakan perintah berkurung di ibu negeri, Sittwe sepanjang
malam dengan anggota pasukan keselamatan mengawasi keamanan, kestabilan
dan keselamatan selepas rusuhan yang meletus memberikan satu cabaran
serius kepada kerajaan Myanmar.
Hampir
31,900 penduduk kedua-dua pihak ditempatkan di 37 kem di seluruh
Rakhine, kata pihak berkuasa di Sittwe pada Khamis, manakala beribu-ribu
kediaman dibakar.
Satu
pasukan PBB menyaksikan kemusnahan dalam lawatan dua hari ke wilayah
itu berkata kira-kira 10,000 penduduk yang hilang tempat tinggal
berlindung di Sittwe sendiri.
“PBB
mendapati kemusnahan teruk penduduk Rakhine dan Islam di Sittwe adalah
amat besar. Mereka berhadapan dengan kesukaran,” katanya dalam satu
kenyataan lewat kelmarin.
Berikrar
untuk membantu kawasan terjejas, penasihat khas PBB Vijay Nambiar
menggesa Myanmar menjalankan siasatan penuh, adil dan dipercayai
terhadap pertempuran itu.
“Kami
mahu pulang semula ke tempat kami untuk bersama keluarga dan
anak-anak,” kata seorang pemimpin Islam di Sittwe, Hla Myint, 56.
Diskriminasi
sejak berdekad lalu menyebabkan penduduk Islam Rohingya tidak mempunyai
negara dan dilihat sebagai kumpulan minoriti paling tertindas di dunia.
Kira-kira 800,000 penduduk Rohingya tinggal di Myanmar, kata PBB, kebanyakannya di Rakhine.
Kerajaan
Myanmar menyifatkan Rohingya sebagai orang asing, manakala kebanyakan
rakyat melihat mereka sebagai pendatang haram dari Bangladesh dan
melihat mereka sebagai musuh.
Penduduk
Buddha Rakhine dan Islam Rohingya di wilayah itu saling menuduh
memulakan serangan terlebih dulu dan sejak beberapa hari penduduk
tempatan dilihat di jalanan membawa pisau, pedang dan kayu.
Presiden
Myanmar, Thein Sein memberi amaran bahawa keganasan boleh tercetus di
negara yang baru mengamalkan demokrasi itu selepas beberapa dekad di
bawah pemerintahan tentera.
Ia
turut memberi dilema kepada pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi yang
kini dalam lawatan bersejarah ke Eropah, di mana beliau berhadapan
dengan tekanan dari Rohingya untuk bercakap mewakili mereka tetapi
berisiko akan menimbulkan kemarahan di kalangan majoriti penduduk Buddha
Myanmar. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan