Tujuh maut konflik agama di Myanmar
20 Rejab 1433H. [MOD] -
BEBERAPA pemimpin Islam menemui pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi berhubung keganasan agama di Yangon, Rabu lepas.
YANGON
- Pasukan keselamatan membanjiri barat Myanmar semalam bagi
mengembalikan ketenteraman selepas sekurang-kurangnya tujuh nyawa
melayang dalam keganasan antara penduduk Islam dan Buddha, menurut media
negara berkenaan.
Stesen
televisyen Myanmar melaporkan, unit polis dan tentera berjaya mengawal
kekacauan yang tercetus di negeri Rakhine, dekat sempadan Bangladesh.
Keganasan agama di negeri berkenaan menyaksikan ratusan buah rumah penganut Buddha dibakar.
"Namun, keadaan kembali tenang sejak pagi ini (semalam)," menurut stesen televisyen Myanmar.
Huru-hara
tercetus kelmarin apabila sekurang-kurangnya empat penduduk beragama
Buddha maut dalam beberapa rusuhan di Rakhine yang didiami oleh sejumlah
besar etnik Rohingya.
Pada
keesokan harinya, gelombang kedua keganasan melanda beberapa
perkampungan di pedalaman Myanmar apabila lebih banyak kediaman dibakar
sehingga memaksa penduduk beragama Buddha melarikan diri ke bandar
Maungdaw untuk mencari perlindungan.
Media
rasmi pemerintah menyatakan, tujuh terbunuh, 17 cedera dan hampir 500
buah rumah musnah sepanjang kekacauan dua hari di Rakhine.
Situasi
tegang di negeri itu tercetus Ahad lalu selepas 10 orang Islam yang
berada di dalam sebuah bas mati dibelasah oleh 300 penduduk beragama
Buddha.
Mereka
tersilap menyangka mangsa adalah beberapa penjenayah yang merogol dan
membunuh seorang gadis beragama Buddha di Rakhine, bulan lalu.
Sementara
itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, Rohingya
merupakan antara etnik minoriti paling teruk ditindas di dunia.
Di Myanmar, Rohingya dianggap sebagai orang asing dan bukan salah satu etnik negara berkenaan.
Menurut PBB, terdapat sekitar 750,000 orang Rohingya tinggal di Myanmar dengan kebanyakan mereka menetap di Rakhine.
Lebih 1 juta lagi etnik berkenaan dipercayai hidup dalam buangan di beberapa negara lain. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan