Panas!! Pemuda Umno Johor Desak Ketuanya Letak Jawatan
Umno kini makin parah, perpecahan demi perpecahan berlaku dan kini tidak boleh di sorok lagi. Terbaru Pemuda Umno Johor telah hilang kepercayan ke atas ketuanya Mohd Fadil Muskon.
Ini berlaku dakwaan kononnya Mohd Fadil Muskon
adalah daripada kem Khairy sedangkan majoriti Pemuda Umno Johor berada
kem Razali Ibrahim merupakan Timbalan Ketua Pemuda Umno. Sama-sama kita
saksikan drama Pemuda Umno Johor di penghujung hayatnya..
Umno Johor terus dilanda krisis dalaman parti dan terbaru membabitkan
sayap pemuda negeri itu. Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat,
beliau mendapat maklumat dalam satu mesyuarat Pemuda Umno Johor di
sebuah hotel di ibu negara malam tadi, 16 daripada 26 ketua pemuda Umno
bahagian menolak secara terang-terangan kepimpinan ketua Pemuda Umno
Johor Mohd Fadil Muskon.
"Antara Ketua-ketua Pemuda Umno yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Mohd Fadil adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Pontian, Batu Pahat, Pagoh, Tebrau, Johor Bahru dan lain-lain lagi," katanya.
Menurut Suhaizan lagi, terdapat juga Ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana tidak mahu terlibat dalam masalah yang sedang dihadapi.
Difahamkan antara alasan penolakan Mohd Fadil Muskon adalah kerana beliau daripada kem Khairy Jamaluddin sedangkan 16 ketua pemuda yang menolaknya adalah dari kem Datuk Razali Ibrahim.
Selain daripada itu, terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Mohd Fadil ‘budak baik’ dan kurang senang dengan pemuda-pemuda Umno bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan.
"Perpecahan ini telah membuktikan bahawa Umno Johor sudah berada dalam keadaan tenat. "Ini telah menjadi sebab mengapa Datuk Seri Najib tidak berani membubarkan parlimen sehingga hari ini," ujar Suhaizan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan