PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 17 Jun 2012

Siapa Saudara Iblis Dan Syaitan?

Sesungguhnya perbuatan membazir dan menunjuk-nunjuk (ta'kabbur) itu adalah amalan iblis dan syaitan. Berdasarkan kepada petikan ayat-ayat Allah SWT di bawah, jika terdapat manusia, termasuk para penguasa dan pemerintah yang berperangai membazir serta bersifat ta’kabbur, maka mereka juga tidak ubah seperti iblis dan syaitan. Andai ada penguasa yang tergamak membelanjakan duit ratusan ribu ringgit ke arah hal yang dianggap membazir, maka jelaslah penguasa itu bersaudarakan Syaitan.

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]

Malah dalam teks sebenar ini sifat membazir itu amat hina sehingga ALLAH mempersaudarakan orang yang membazir itu dengan syaitan.

Tapi, kenapa antara sifat-sifat mazmumah yang ada, sifat membazir juga yang menjadikan seseorang saudara syaitan? Tidak lain dan tidak bukan dalam diri orang yang membazir itu ada perasaan takabbur kerana tidaklah seseorang itu membazir melainkan dia merasakan dirinya punya kelebihan. Dan sesungguhnya sifat takabbur itu juga ada pada syaitan.

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Maksudnya:"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir."

[Surah al-Baqarah : 34]

Tidaklah ALLAH menghukum iblis itu kerana dia melakukan kesalahan. Nabi Adam a.s juga melakukan kesalahan ketika memakan buah dari pohon terlarang di syurga namun kerana sifat TAKABBUR yang ada pada iblis; merasai dirinya LEBIH dari yang lain, maka ia dihukum. Namun samada sesorang itu takabbur atau tidak, ALLAH jualah yang lebih mengetahui..

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur"

[Sahih Muslim : Book of Faith, 166]
Addin :
Teringat Revolusi Iran tahun 1979, Shah Reza Pahlavi di gulingkan kerana beliau tidak mahu mendengar rintihan rakyat marhaen. Kisah ini patut menjadi iktibar kepada semua pemerintah di seluruh dunia Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan