Gempa 6.1 magnitud landa Pulau Luzon
28 Rejab 1433H. [MOD] -
MANILA:
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda pantai barat Pulau Luzon di
negara ini semalam, kata ahli seismologi Amerika Syarikat, tetapi tiada
kemalangan jiwa dan tiada amaran tusnami dikeluarkan.
Badan
Penyelidikan Geologi AS berkata, gempa itu melanda pada kedalaman 35
kilometer kira-kira jam 6.18 pagi, 182 kilometer dari barat laut Manila.
Institut Gunung Berapi dan Gempa Filipina mengukur gempa itu berukuran
6.0 magnitud.
Gempa
itu dirasai di sesetengah kawasan, termasuk Manila, tetapi tiada
laporan kerosakan atau kemalangan jiwa, kata Ketua Pertahanan Awam,
Benito Ramos. Filipina berada di lingkaran api Pasifik - rantaian di
sekeliling Lautan Pasifik yang dipenuhi dengan gunung berapi aktif dan
garis lautan yang tidak stabil.
Satu
daripada garisan itu terletak betul-betul di bawah Manila, kota
metropolis yang dihuni lebih 12 juta penduduk dan ahli seismologi
kerajaan memberi amaran bandar raya itu belum bersedia untuk menghadapi
gempa yang besar. Pada Februari lalu, gempa bumi berskala 6.7 magnitud
yang melanda tengah negara itu mengakibatkan tanah runtuh menyebabkan
lebih 100 orang maut dan hilang. - Philippines Inquirer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan