Mayat pejuang Palestin, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad 19 tahun dikebumikan tidak reput
Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei
lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuhada’ Palestin kepada keluarga
masing-masing. Semua mayat tersebut adalah mereka yang melakukan
serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh
penduduk Israel beberapa tahun lalu. Islammemo.cc melaporkan,
dari kalangan mayat tersebut, seorang daripadanya, As-Syahid Syahib
Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dan
sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya
seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu.
Syahib meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan menemui syahid dalam operasi tersebut. Lihat di sini.
Mengulas keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga
Pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar’ie, Syeikh Yusuf Ad’is berkata,
“Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid
bahawa jasad mereka tidak akan hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang
dilakukan olehnya diterima di sisi Allah.”
Menurut SAFA, 79 dari cebisan mayat syuhadak Palestin dibawa ke Ramallah
untuk tujuan upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang, kemudian akan
dihantar ke wilayah-wilayah asal mayat syuhada’. Manakala, 12 dari
cebisan syuhada’ akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza. Kita yakin
kemuliaanNya juga diberikan kepada sekalian syuhada’ di Syria. Kalian
juga wajar menyemai cita-cita untuk syahid kerana kurniaan Allah amat
luas buat para syuhada’ Nya. "Syahid cita-cita tertinggi kami!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan