MB Johor Pasti Ketar Lutut Lihat Gambar-Gambar Nih
Pelakon Hairi Othman serah borang keahlian Pas kepada TGNA |
JOHOR BAHRU - Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam
tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk
membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu
Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Majlis yang bermula 7 malam dengan solat Maghrib dan solat Munajat dan
Tahlil itu turut menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS oleh Hairie
Othman, pelakun filem Bukit Kepong.Majlis ini menjadi tumpuan kerana
sebelum ini isu Bukit Kepong menjadi momokan Umno di Johor kononnya
timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyokong Komunis apabila
beliau memuji peranan Mat Indera dalam satu ceramahnya.
Ia menjadi sebaliknya apabila pihak yang membuat laporan polis terhadap
kes ini memohon maaf kepada Mohamad di mahkamah dan mengaku laporan
polis yang beliau buat berdasarkan laporan media Umno iaitu Utusan
Malaysia semata-mata.Himpunan Hijau kali ini disertai juga Jamuan Anak
Kelantan di Perantauan yang diadakan di Taman Kempas Permai.Turut
diadakan adalah jamuan makan malam bersama masyarakat Cina yang diadakan
di sebuah restoran terkenal di Danga Bay dekat sini.
Di pentas utama di Dataran Dahlia, anggota Parlimen Kubang Kerian,
Salahudin Ayub;secara rasmi diserahkan kepada Johor kembali apabila Tuan
Guru NIk Aziz melakukan upacara penyerahan rasmi itu.Dengan ini, segala
berita-berita angin menjadi sahih, Salahudin akan bertanding di Johor
dalam pilihan raya umum akan datang dengan diserahkan sendiri oleh
Menteri Besar Kelantan kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz
Mohamad.
Para pemerhati politik berpendapat, dengan lambatnya pilihan raya umum
membolehkan mementum PAS malam tadi dikembangkan ke seluruh Johor.Ini
kerana, jika Pakatan Rakyat mahu ke Putrajaya, sumbangan
sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen diperlukan Pakatan dari Johor. ~harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan