Debat Bukan Budaya Kita, Tapi Baling Batu, Telor, Tarian Pungkoq & Kata Haramjadah
4 Syaaban 1433H. [MOD] -
Kalau takut debat, jangan kata bukan budaya'
Setiausaha
Agung PAS Datuk Mustafa Ali membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak yang menolak perdebatan atas alasan bukan budaya politik di negara
ini.
"Kalau
takut berdebat dengan pemimpin pembangkang, janganlah kata ini bukan
budaya (kita) sebab ada di kalangan pemimpin Umno yang sedia berdebat.
"Jadi yang budaya kita itu apa?" kata Mustafa (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Perdana
menteri semalam terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran debat
ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia bergantung kepada
keadaan dan bukan "budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita."
Ditanya
sama ada beliau menolak berdebat dengan Anwar, Najib tidak menjawab
secara langsung tetapi berkata, yang penting rakyat ada maklumat cukup
membuat keputusan sama ada BN lebih baik atau pembangkang.
Menurutnya
tindakan Najib itu juga mungkin berlaku kerana beliau takut "gilirannya
akan tiba" memandangkan pemimpin Umno lain seperti Ketua Pemuda Umno
Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin
Abdullah sudah pun berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Barang
kali yang ada dalam kepala Najib, lain kali kalau ada debat lagi
mestilah tak boleh 'turun ke bawah' dan akan 'naik ke atas'.
"Naik ke atas (giliran) dialah. Kalau ketakutan, jawab sahajalah 'saya takut'," kata Mustafa sambil ketawa kecil secara sinis.
Menurutnya
lagi, dakwaan Najib itu juga tidak tepat kerana agama Islam sendiri
menganjurkan perdebatan sebagai perkara yang boleh dilakukan
"Ada ayat menyatakan kalau kamu berdebat, berdebatlah dengan cara yang paling baik," katanya. -mk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan