PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 24 Jun 2012

TAHLIL PERDANA - 500 BORANG TELAH DIEDARKAN

LENGGONG - Penyertaan Program Tahlil Perdana anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Lenggong setakat ini belum menampakkan sambutan menggalakkan, kerana pengedaran borang-borang baru bermula.
     Ketua lajnah berkenaan, Sdr Mohd Hatta Abdul Aziz, berkata sebanyak 500 borang permulaan yang dicetak telah diedarkan, manakala 500 borang lagi akan dicetak dan diedarkan segera.
     Katanya, sebanyak 1000 borang sahaja akan diedarkan dan sekiranya dikembalikan semula sekurang-kurangnya 500 borang, membuktikan program itu diterima masyarakat, khususnya oleh ahli-ahli PAS seluruh Parlimen Lenggong sendiri.
     "Beberapa borang telah dikembalikan setakat ini selepas sehari diedarkan. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan menjangkakan program ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat.
     "Kita akan menjadikan program ini sebagai program tahunan pada setiap kali menjelang Ramadhan bagi membuka peluang kepada masyarakat yang hendak menghadiahkan tahlil kepada anggota keluarga yang telah meninggal.
     "Progam ini diadakan bertujuan meringankan bebanan bagi mereka yang sekiranya hendak mengadakan kenduri tahlil di rumah mungkin memerlukan belanja yang agak besar.
     "Jadi melalui kaedah program ini mereka boleh menyertai dengan mengisi borang yang diedarkan dan sekiranya ingin menyumbang, berilah sumbangan ikhlas ala kadar," katanya.
     Mohd Hatta berkata, setiap borang boleh dimuatkan lima penama simati dan borang yang telah diisi bolehlah diserahkan kepada Lajnah Kebajikan sehari sebelum program yang akan berlangsung pada 12 Julai nanti.     
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan