Calon Ikhwan berdepan dengan penipuan di Mesir
25 Rejab 1433H. [MOD] -
(Penulis [kanan] berbincang dengan Setiausaha Agung FJP)
KAHERAH:
“Keputusan mahkamah hari ini adalah malapetaka besar kepada setiap
rakyat Mesir. Revolusi rakyat yang dilakukan oleh setiap warga Mesir
yang cintakan keadilan kini mahu dirampas kembali oleh saki-baki rejim
Mubarak”.
Begitulah
ungkapan Setiausaha Agong parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan
Muslimin, Dr. Ahmed Solaiman kepada saya apabila mendapat berita bahawa
Mahkamah Perlembagaan Mesir membuat keputusan menerima pencalonan Ahmad
Syafik sebagai calon yang ‘sah’ bagi bertanding dalam pilihanraya
Presiden yang sedang berjalan ini.
Pada
hari ini juga, Mahkamah Perlembagaan Mesir juga telah mengambil
keputusan untuk membatalkan keputusan pilihanraya Parlimen di lebih 30
peratus kawasan pilihanraya yang diadakan baru-baru ini.
Pembatalan
ini dilakukan keatas kerusi Parlimen yang kebanyakannya di menangi oleh
calon-calon dari parti Ikhwan Muslimin FJP dan Parti Nour dari gerakan
Salafi.
(Penulis berbincang dengan anak muda penyokong FJP di Kaherah)
Namun
setakat ini, walaupun ada ura-ura penarikan diri dari bertanding, calon
dari FJP, Dr. Mohamad Morsi masih lagi bersaing sengit dengan Ahmed
Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara bekas
komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan
kedua pilihanraya Presiden yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini.
Dalam
pusingan pertama, adalah dianggarkan hampir 45 peratus penduduk Mesir
telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat
dimana Dr. Mohamad Morsi telah memperolehi 24.8% undi dan Ahmad Syafik
memperolehi 23.6% undi.
Semasa
penulis menziarahi Markaz parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan
Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo, suasana agak tenang
wlaupun mereka baru sahaja mendapat berita keputusan Mahkamah
Perlembagaan itu.
Kesempatan
ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Ahmed
Soleiman yang merupakan Setiausaha Agong FJP. Beliau menyatakan bahawa
pelbagai usaha sedang dilakukan oleh saki-baki rejim Mubarak termasuk
memperalatkan kalangan hakim-hakim yang setia kepada Mubarak bagi
memastikan calon FJP kalah dalam pilihanraya pusingan kedua ini.
Menurut
Dr. Ahmed Solaiman lagi; “mereka sedang merancang penipuan
besar-besaran bagi memastikan kemenangan Ahmed Syafik. Rakyat Mesir
mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik ini yang terlibat secara
langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak
dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak,” tegas beliau.
Keadaan
ini lebih genting lagi apabila Ahmed Syafik turut disokong penuh oleh
pihak tentera serta kuasa besar Barat dan sekutunya Israel yang begitu
bimbang dengan kemungkinan kemenangan calon dari Ikhwan Muslimin.
Mereka
yang turut dibantu oleh hampir seluruh media antarabangsa seperti BBC,
CNN dan Al Arabia sedang merancang dan akan menggunakan apa cara
sekalipun bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka akan menang dalam
pilihanraya ini.
Ini
amat penting kepada mereka terutamanya bagi menjamin ‘keselamatan’
Israel serta perjanjian ‘Camp David’ yang termeterai antara Israel
dengan Mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.
Keputusan pilihanraya Presiden Mesir ini juga adalah amat penting kepada seluruh dunia Islam.
Namun
saya yakin Ikhwan bersiap untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan
termasuk juga penipuan pilihanraya secara besar-besaran yang sedang
dirancang ini.
Mereka
tetap yakin dengan ‘Kuasa Rakyat’ untuk menumbangkan calon ‘feloul’ ini
walaupun berhadapan dengan penipuan ini. Kemenangan calon Ikhwan ini
akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU
-13 akan datang di negara kita Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan