Subhanallah! Sotong Kurita Mirip Wajah Manusia
25 Rejab 1433H. [MOD] -
Jika
semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul
mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara
ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang
sebenar. Itu kisah si Paul sotong kurita.
Namun
bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera
Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan
mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan
pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.
Sotong
ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan
satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para
pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia
manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk
di perkampungan yang lain.
Kejadian
seumpama ini teryata aneh dan pelik. Walaubagaimanapun kita harus
percaya tiada yang mustahil berlaku di dunia ini. Memang banyak kejadian
pelik yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia. Sesungguhnya ini
semua adalah bukti kekuasaan Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan