Astaghfirullah... Runtuh Lagi Di Terengganu...
2 Syaaban 1433H. [MOD] -
esut:
PAS Kawasan Besut menggesa pihak berkuasa menangguh serta menghentikan
segera pembinaan sebuah bangunan baru Astaka Jertih yang sedang dalam
pembinaan yang runtuh petang tadi.
Gambar
Seorang mangsa kejadian bangunan Astaka dalam pembinaan yang runtuh
diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat daerah Besut.
Kejadian
tersebut berlaku sekitar jam 2.15 petang, apabila tiba-tiba bangunan
astaka dalam pembinaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar
Jertih itu runtuh.
Yang
Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menggesa agar kerja-kerja
pembinaan bangunan tersebut dihentikan segera bagi tujuan siasatan.
Katanya,
kejadian bangunan runtuh itu perlu disiasat oleh pihak berkuasa bagi
mempastikan selamat serta tidak membahayakan nyawa para pekerja lain
jika diteruskan.
“Saya
diberitahu oleh orang ramai yang mengetahui kejadian bangunan Astaka
yang masih dalam pembinaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian itu.
“Kita
(PAS) melahirkan rasa dukacita kerana terlalu banyak kejadian bangunan
runtuh berlaku di Terengganu di bawah pemerintahan kerajaan Barisan
Nasional (BN).
“Kita
baru sahaja mengadakan program Himpun & Ingat Stadium Runtuh pada 8
Jun lalu, bagi mengingatkan rakyat tentang kelemahan Umno BN,” jelasnya
ketika dihubungi Harakahdaily, petang tadi.
Menurutnya,
kejadian malang tersebut sehingga jam 3.30 petang tadi seramai enam
orang berjaya diselamatkan di bawah runtuhan berkenaan oleh pasukan
anggota Bomba dan Penyelamat Besut.
Harakahdaily
dimaklumkan kesemua mangsa runtuhan bangunan tersebut dihantar ke
Hospital Daerah Besut yang sebahagiannya cedera parah.
Ustaz
Wan Azhar mendakwa banyak kejadian runtuh berlaku di negeri ini
termasuk Dewan Sekolah Menengah Ajil, makmal Komputer, bumbung Masjid
Batu Putih, bumbung stesen bas Kuala Berang, bangunan tambahan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan bumbung Stadium Sultan Mizan
Zainal Abidin. -HD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan