Rupa-Rupanya Selama Ini Najib Syok Sendiri..
KUALA LUMPUR - Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh
mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk
menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan
raya lalu.Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac
2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN,
sekaligus membentuk kerajaan."Kalau diikutkan, rakyat beri mandat
melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib.
Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.
Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang berhasrat
untuk menunggu tempoh lima tahun sebelum memanggil pilihan raya umum
bagi membolehkan beliau meneruskan mandat yang diberikan
rakyat.Bagaimanapun, kata Mahfuz, pihaknya bersetuju dengan hasrat
tersebut, dan meminta Najib menyatakannya secara 'akujanji' tentang
tempoh lima tahun tersebut.
"Jika benar beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum selepas
tamat tempoh penggal yang diberikan, adalah lebih baik jika ia memberi
jaminan secara akujanji," tegas beliau lagi.Tambah ahli parlimen Pokok
Sena itu lagi, dengan hasrat Najib itu juga dilihat mampu menguruskan
soal peruntukan negara membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara
lebih berkesan.
Sebelum ini, dalam bajet tambahan yang dibentangkan di parlimen,
kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada badan pengendali pilihan
raya itu."Kalau ditetapkan tarikh pilihan raya seperti tepat pada tempoh
mandatnya, banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih mudah, termasuk
wang peruntukkan yang diberikan kepada pihak berkaitan," tegas
Mahfuz.Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut
menyambut baik hasrat Najib itu, walaupun ia sebenarnya menunjukkan
sikap serba salah beliau yang sehingga kini tidak boleh menetapkan
tarikh pembubaran parlimen.
Bagaimanapun, apapun alasan beliau, kita terima kerana ia lebih
memudahkan semua pihak untuk persiapan menghadapi pilihan raya," kata
beliau yang dihubungi, hari ini.Najib, dalam kenyataannya malam tadi
menegaskan kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya
mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi
pilihan raya tahun 2008. ~harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan