PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 11 Jun 2012

Penghijrahan Wilfred, Lajim Belum Dapat Disahkan


Sehingga kini dua tokoh politik terkenal Sabah dikatakan telah meninggalkan parti dan akan menyertai Pakatan Rakyat, Wilfred Bumburing dan Lajim Ukin masih belum menjadi kenyataan. Wilfred ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) manakala Lajim ialah tokoh pendokong Umno ke Sabah.
Wilfred dan Lajim Ukin.
Walaupun penyertaan mereka dilaporkan sudah diumumkan di Kota Kinabalu petang ini tetapi ia masih belum disahkan dan terus menjadi teka teki.
Seorang bekas tokoh Umno yang sudah pun menyertai PKR dihubungi sekejap tadi tidak dapat mengesahkan apakah kedua tokoh itu sudah menyertai Pakatan Rakyat atau tidak.
"Saya ada dengar nama mereka diumum petang tadi katanya telah keluar BN, tetapi tidak dapat disahkan," katanya seakan keliru dengan laporan itu.
Tokoh itu yang ketika ini sedang menghadiri majlis makan malam bersama Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu memberi tahu Wilfred Bumburing dan Lajim Ukin tiada dalam majlis itu dan kehadirannya sedang ditunggu.
Dengan maklumat itu tidak dapat disahkan apakah kedua mereka sudah meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat khasnya PKR atau sebaliknya.
Sementara itu menurut sumber banyak lagi tokoh-tokoh politik di Sabah termasuk bekas pemnimpin Usno yang telah dibubarkan akan bertindak menyertai Pakatan Rakyat. Sekiranya berita ini benar perkembangan yang berlaku di Sabah ini amat membimbangkan UBN dan menyebabkan jalan menjadi semakin sukar untuk Ha Najib Razak mengumumkan pembubaran parlimen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan