Rupa-Rupanya Sebab Nih DS Nizar Jamaluddin Tidak Pertahan Parlimen Bukit Gantang
IPOH - Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen
Bukit Gantang pada pilihan raya umum akan datang bagi memberikan peluang
kepada calon Pas lain.Menurut beliau, keputusan berkenaan dibuat
berdasarkan pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit
Gantang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang selama
kira-kira 4 tahun.
"Selepas saya dicalonkan di Pasir Panjang dan menang menentang MIC, saya
dilantik menjadi menteri besar selama 11 bulan ekoran kemenangan itu
dan ia satu pengalaman yang cukup mencabar.
“Kemudian, menang di Bukit Gantang dan mentadbir di tiga Dewan Undangan
Negeri (Dun) di bawahnya, saya merasakan ini cukup berat kerana Dun
Pasir Panjang pun nak jaga dan tiga lagi Dun di Parlimen Bukit Gantang
pun perlu ditadbir,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengadakan
kunjungan mesra di Pejabat Sinar Harian Edisi Perak, di sini, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan