Akibat Biadap, Blogger Umno Di Saman RM1 Juta
KOTA BHARU - Blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini
berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM1 juta ekoran menyiar berita
berunsur fitnah terhadap Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad
(gambar). Defendan yang beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu
merupakan pemilik blog http://www.kelatekito.net
dianggap menyebarkan berita fitnah yang bertajuk “YDP PAS Jeli samun
tanah rakyat” pada 8 November 2011. Dalam tuntutannya Apandi menyifatkan
artikel tersebut tidak benar dan tidak berasas bertujuan
memburuk-burukkan plaintif sebagai seorang pemimpin PAS.
Menurutnya tulisan berkenaan juga dengan maksud yang jelas menuduhnya
sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.
Ekoran itu plaintif melalui peguam Hisham Fauzi telah mengemukakan notis
tuntutan kepada defendan menuntut supaya defendan memadamkan artikel
tersebut serta memohon maaf secara terbuka.
Selain itu membayar gantirugi kepada plaintif, namun defendan gagal
berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka serta
membayar gantirugi.
Blogger terbabit sebelum ini dalam blognya mendakwa Yang Dipertua PAS
Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala
Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya.
Beliau menyebut tanah tersebut diusaha rakyat sejak berpuluh tahun lalu
dirampas kerajaan PAS untuk membangunkan ladang, tetapi pemimpinnya
rakus untuk dijadikan harta peribadi.
Dalam tuntutannya juga plaintif mahu defendan memohon maaf secara
bertulis kepadanya tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar
nasional harian bahasa Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan