http://msomelayu.blogspot.com,
|
02 Jun 2012
|
Maaf
saya baru sampai dari Alor Star sekejap tadi dan kini baru dapat
mencatatkan peristiwa yang berlaku di Alor Star siang dan malam tadi.
Perjalanan dengan kereta berkelajuan 130 hingga 140 km perjam (bukan
saya pandu) saya tiba kira-kira jam 6:05 pagi. Sebaik sampai depan
rumah sepasang murai yang menumpang tidur di pohon mangga, berkicau
riang seakan memberi salam dan menyambut kepulangan saya dengan riang
gembira. Rupanya mereka juga merasai kegembiraan yang masih berkembang
ke dalam seluruh diri saya yang tercipta di stadium Darul Aman itu.
Beberapa minit selepas itu azan Subuh kedengaran dari tiga penjuru dari
surau dan masjid berdekatan kediaman saya. Murai seakan mengetahui
akan keceriaan dan kebahagian hati saya. Sampai kini ia masih berkicau
kicau mengkhabarkan apa yang bakal saya tulis dan catatan dalam posting
ini. Semuanya tentang kemeriah, kehangatan dan kejayaan
Himpunan Hijau Ke Putraja yang berlangsung seharian suntuk di Alor Star Kedah semalam.
Saya bersama tiga rakan, sdr Rushdan Mustapa, Zulaimi Kazin dan Sabree
Shaffei bertolak jam 3:40 petang kelmarin dari rumah di Wangsa
Melawati KL menuju ke Alor Star. Terima kasih kepada mereka bertiga
kerana memungkinkan saya menghadiri pertemuan penuh bermakna dan
bersejarah itu. Mulanya sudah kebenaratan untuk pergi kerana kaki di
serang "Umno" dengan tiba-tiba. Namun kerana semangat dan keinginan
membuak-buak dalam jiwa akhirnya sampai juga saya ke Alor Star setelah
mengambil suntikan di klik dengan bantuan Rushdan dan Zulami. Sepanjang
perjalanan saya banyak tidur sambil mengulik kesakitan.
Rushdan dan Zulaimi bersungguh membawa saya ke klinik bagi memastikan
saya dapat ke Alor Star. Nah, ternyata pengorbanan kawan dan kesungguhan
diri tidak mengsia-siakan. Di Alor Star, himpunan raksasa yang
dinamakan Himpunan Hijau Ke Putrajaya menjadikan saya lupa segala sakit
dan kepedihan. Deruan dan laungan takbir menghilang lenyapkan kepedihan
di kura-kura kaki. Anih saya dapat menapak dan memanjat tangga ke
astaka di dalam stadium dengan mudah dan lancar. Benarlah kata orang
kalau sudah ada semangat semua masalah dapat diatasi. Memang kita ini
hidup dengan jiwa bukannya dengan wang ringgit dan kekayaan lain.
Kandati ada punya tetapi kalau jiwa sudah kering kita tidak akan peduli
kepada nasib dan dunia di luar diri kita.
Sakit, pedih, letih
dan sebagainya tidak dihiraukan lagi. Belum pernah saya saksikan apa
yang berlaku di stadium Darul Aman kira-kira 10 jam lalu. Pemandangan
itu pernah saya saksikan di stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu,
tetapi bukan di tempat lain.
Saya rasa itulah pertama kali
stadium berkenaan dipenuhi dengan lebih 100,000 manusia yang seragam,
sejiwa dan sedestinasi. Mereka berpakaian hijau, ditangan terpegang
bendera besar dan kecil melaungkan takdir Allhuakbar dan bersorak
keseronokan. Mendamaikan mereka berhimpun dengan penuh tertib terni dan
harmoni.
Mereka berpadu suara dan berpadu warna menjadikan
seluruh stadium diselubungi warna hijau mendamai dan membahagiakan.
Setiap orang yang berada dalam stadium saya pasti bulu roma mereka
meriding berdiri dan lengan menjadi berbintik-bintik. Stadium yang
boleh memuatkan penonton sebanyak 45,000 itu penuh sesak. Tiada seinci
ruang yang kosong. Begitu juga di atas padang sendak yang dianggarkan
10,000 yang duduk tanpa menghiraukan keadaan padang yang agak becak
kerana pada siangnya disiram hujan. Manakala di luar pula mereka yang
tidak dapat masuk dianggarkan 40,000 sambil menyaksikan apa yang
berlaku di dalam stadium menerusi beberapa skrin besar.
Sukar
untuk membayangkan seramai mana manusia sebenarnya. Yang jelasnya
himpunan yang mensasarkan 100,000 itu mencapai matlamatnya. Kesesakan
jalan raya berlaku sepanjang 10 km di beberapa batang jalan menuju ke
stadium. Melihat kepada kenderaan, ratusan buah bas yang diparking di
sepanjang jalan atau mana-mana tanah lapang menunjukkan mereka datang
dari luar Kedah. Dari jumlah 100,000 itu bolehlah diagakkan 50,000
rakyat Kedah menakala selebih dari luar dan dari seluruh negara.
Boleh disifatkan himpunan malam tadi adalah kedua terbesar selepas
himpunan Bersih 3.0 yang baru lalu. Himpunan Hijau itu sudah tentu
menjadikan tidur Najib Razak terganggu ini menyebabkan parlimen dijangka
dibubarkan dalam sehari dua ini akan tertengguh lagi dan tertangguh
lagi.....
Maaf... berikan saya untuk berihat dan akan saya
sambung cacatan dan ulasan mengenai Himpunan Hijau ke Putraja ini
menjelang tengah nanti nanti sesudah saya pulang dari satu majlis di
ibu negara. Di sini saya hidang beberapa keping gambar tanpa mengikut
kronologinya teristimewa untuk penjenguk blog Merah Tinta. Saksilah
gambar dari tangan saya sendiri. Ohnya di Fb saya ada saya masukkan
klik video yang sempat saya rakam.
|
Gambaran awal di salah satu sudut stadium, orang ramai masih kurang. |
|
Stadium sudah penuh sesak dipadang dan juga di tempat duduk. |
|
Semua ruang dan arah penuh. |
|
Ramai hingga tidak terhitung. |
|
Mahfuz Omar yang jadi pengarah himpunan tertegun. |
|
Mohamad Sabu, Azizan Razak, Abdul Hadi dan lain-lain di pentas utama. |
|
Muslimat juga tidak ketinggalan bangkit berhimpun untuk ke Putrajaya. |
|
Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu mungkin tidak terfikir himpunan itu dibajiri 100,000 manusia. |
|
Dr Nik Zain mengangkat bendera Pas sebagai menandakan jihadnya bersama Pas bermula. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan