Menteri Umno Nih Sakit Mental.. Baca Ulasannya
Addin yakin, Umno pasti ketar lutut jikalau melihatkan
perkembangan mutakhir ini. Rakyat semakin menolak Umno dan BN. Gelombang
merah yang di war-warkan mengundang kehadirin ribuan penyokong Umno
hanyalah gimik politik Umno. Dengan kehadiran yang tak memenuhi ruangan
stadium Nasional Bukit Jalil yang berkapasiti sekitar 80 ribu dan
disajikan dengan konsert artis adalah petanda jelas Umno akan mengakhiri
hayatnya pada PRU 13 ini.
Jikalau nak dibandingkan dengan Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang
menggamit hampir 100 ribu pengunjung pasti momentum yang kuat untuk di
teruskan sehingga PRU 13. Tanpa di sajikan dengan konsert, tiada tambang
dibayar, tiada makanan di sediakan tetapi rakyat seluruh negara turun
untuk memberi isyarat kepada Umno bahawa bersiap siaga lah kamu untuk di
singkirkan dari tampuk pemerintahan di Putrajaya. Namun, seorang
menteri senior Umno nih masih berangan-angan Mat Jenin di siang hari..
Himpunan Hijau mahu lawan Gelombang Merah, kata Umno
JITRA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan
Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman dekat sini malam
tadi, sebagai tindak balas terhadap 'gelombang merah' yang melanda
Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei lepas.
"Ini adalah tindak balas kepada apa yang mereka lihat sebagai satu gelombang dan kesedaran orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Cara kaedah kempen mereka gunakan (iaitu tema) warna hijau, perhimpunan yang ada unsur-unsur program dengan yang muda, apa bezanya dengan program yang kita dah buat?" katanya kepada pemberita selepas program BN Pilihan Orang Muda di sini.
Perhimpunan 11 Mei lepas menyaksikan lebih 100,000 anggota Umno berpakaian merah berhimpun bagi sambutan ulang tahun ke-66 parti itu.
Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata Pas juga sudah tidak mempunyai modal kerana terpaksa mengikut kaedah serta ciri program anjuran BN untuk mendekati golongan muda.
"Kita tengoklah siapa yang sebenarnya ikhlas dan yang betul-betul berjuang untuk orang ramai," katanya.
Mengulas program BN di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman hari ini, beliau berkata semangat dan gelombang yang ditunjukkan golongan muda cukup membanggakan.
Beliau berkata semangat itu harus diteruskan dan diperluas bukan sekadar melibatkan anggota BN malah mendekati golongan muda lain.
Katanya, pendekatan itu sangat membina selain menyuntik nilai mulia dan murni dalam meniti arus perubahan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui program transformasi. ~bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan