|
(Tapak rumah ini diroboh kali pertama pada, 13 Ogos 2012.) |
KG. LUAT - "Ibarat Belanda Mintak Tanah." Begitulah pepatah melayu yang layak diberikan kepada YB Lenggong.
Kata pemilik tanah,
apabila tapak rumah yang dibina telah dirobohkan oleh pihak penguatkuasa
pejabat tanah dan daerah Lenggong, pada 16 ogos lalu. Lihat Video Disini
|
(Tapak rumah musnah diroboh kali kedua pada 16 Ogos 2012) |
Rentetan disebalik
kejadian meroboh tapak rumah yang sedang dalam pembinaan itu, ianya
menimbulkan banyak kontroversi diantara pemilik tanah dan pihak
berkuasa. Berikutan status tanah pemilik asal (milik kekal) telah
ditukarkan kepada tanah rizab kerajaan dalam jumlah yang luas dengan
cara yang mengelirukan tuan tanah oleh campurtangan pihak ketiga.
Menurut tuan tanah,
kontroversi ini bermula apabila arwah bapanya selaku pemilik tanah,
menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan kerajaan membina
jambatan melintasi sungai Perak dan jalanraya menghubungkan kota Tampan,
kg.Luat, kg.Beng dan kg.Chepor.
Menurut tuan
tanah, perjanjian asal arwah bapanya sebelum menandatangani surat
kebenaran untuk pembinaan jalanraya itu, hanyalah melibatkan sebahagian
kecil jalan yang hendak dibina sahaja dan bukan sebahagian besar tanah
milik beliau diambil menjadi tanah rizab kerajaan atau rizab jalan.
Tetapi apa yang
berlaku selepas itu, 'khadam' atau penghantar surat pejabat tanah dan
daerah disini, memanggil arwah bapanya kepejabat untuk menandatangani
satu surat dihadapan pegawai daerah yang mengelirukan tuan
tanah berkaitan kebenaran mengambil tanah untuk tujuan pembinaan
jalanraya itu.
Menurutnya lagi,
arwah bapanya yang sudah uzur pada ketika itu, tidak membaca isi
kandungan surat perjanjian itu kerana, mengikut perjanjian bersama
ketika majlis perundingan dengan jabatan-jabatan yang terlibat dengan
pembinaan jalanraya itu, tuan tanah dengan jelas telah menyatakan bahawa
hanya sebahagian kecil tanahnya (mengikut luas jalan sahaja) dibenarkan
diambil pihak bertanggungjawab. Perkara ini telah disahkan oleh bapanya
ketika bapanya masih hidup, semua surat serta gambar majlis perundingan
dengan jabatan terbabit bersama tuan tanah pada masa itu masih ada
dalam simpanan keluarganya.
Rentetan daripada peristiwa itu, campurtangan ahli politik. Wakil rakyat ahli Parlimen
Lenggong, bermula dengan tiket pembangunan diatas tanah yang menjadi kontroversi ini.
Selepas tamat
pembinaan jalan dan jambatan sungai Perak, dua buah bangunan dewan dan
sebuah padang futsal telah dibina diatas tanah yang tidak dibenarkan
oleh tuan tanah. Sebelum pembinaan itu dimulakan, wakil rakyat berasal
dari kg.Luat yang juga merupakan saudara-mara kepada waris pemilik tanah
yang diambil itu, telah berjanji tidak akan mengambil atau membina
apa-apa lagi diatas tanah itu dalam satu pertemuan pembinaan dua buah
bangunan dewan dan sebuah padang futsal pada ketika itu.
Perundingan itu
dibuat oleh ahli Parlimen dengan tuan tanah berikutan, status tanah
berkenaan masih menjadi milik waris yang sah dan tuan tanah masih lagi
membayar cukai hasil tanah berdasarkan perjanjian asal iaitu, tanah yang
diserahkan kepada pihak kerajaan hanyalah sebahagian kecil untuk
pembinaan jalanraya sahaja. Dan tidak melibatkan tanah yang hendak
diambil oleh wakil rakyat untuk sebarang tujuan pembangunan.
Dan pada hari ini,
wakil rakyat ini semakin ghairah untuk merampas kesemua tanah
disepanjang jalanraya ini daripada tangan waris-waris yang berhak.
Buat kali keduanya, pihak pejabat tanah dan daerah kecil
Lenggong meruntuh dan merampas sturuktur tiang tapak rumah pewaris
tanah yang sedang dalam pembinaan setelah pihak berkenaan merobohkannya
kali pertama pada 13 Ogos lalu.
Inilah usaha terakhir beliau sebagai ahli Parlimen sebelum BN tumpas dan rebah tersungkur disini.
Setelah tanah-tanah
disini di gazetkan sebagai tapak warisan dunia, ada pihak yang sedang
mengambil peluang dan mengidamkan prospek keuntungan melalui pembangunan
bernilai berjuta-juta ringgit dengan mengenepikan perjanjian asal
diatas tanah ini.
Pada hari ini juga
rakyat disini dapat menyaksikan kerakusan sebuah kerajaan diwakili
seorang wakil rakyat BN yang mendakwa rakyat didahulukan, juara rakyat,
sebenarnya ialah pengkhianat rakyat, tidak menepati janji dan tidak
dapat membela nasib bangsa dan saudara-maranya sendiri.
Nantikan
pendedahan seterusnya bersama bukti-bukti perjanjian diantara
kedua-belah pihak mengenai pengambilan tanah yang menjadi kontroversi
ini.
Mengapa dibangga tanah ini tapak warisan dunia sedang anak bangsa ditipu, ditindas dan dirampas hak mereka.
Ingatlah tapak warisan Akhirat, yang mana dari tanah kita dijadikan. Kedalam tanah juga kita akan dimasukkan.
Perjanjian ini telah tertulis oleh Malaikat yang sentiasa mencatitkan apa yang telah kita lafaz dan yang telah kita lakukan.
Kata mereka, UMNO/BN pejuang dan pembela melayu. Tapi, sebenarnya UMNO/BN ni sebuah parti penipu orang-orang melayu.