Ahad, 12 Ogos 2012
MENTERI JAGA UNDANG-UNDANG TAPI BENGAP?
UTUSAN Meloya hari ini dengan megahnya mengeluarkan kenyataan Nazri
Aziz, Menteri terkenal dengan sifat kuat membodek yang hari ini
menyerlahkan betapa dungunya pemimpin Umno tersebut. Beliau mewndakwa
Anwar adalah 'Bapa Katak' kerana Anwar telah melompat dari Umno dan kini
berada di dalam PKR.
Rupa-rupanya tidak semua yang berkepala botak itu cerdik dan tidak
mustahil ramai yang menjadi Menteri itu bangang. Contohnya seperti si
Nazri ini. Jika beliau tidak bangang, masakan beliau tidak tahu sejarah
Anwar di dalam Umno sehingga Anwar keluar dari parti bangsat tersebut?
Betulkah Anwar melompat dari Umno?
Nazri perlu `refresh' balik apa yang ada di dalam kepala otak beliau.
Jika otak beliau tetap gagal berfungsi sebagai manusia, kita mahu
ingatkan Nazri bahawa Anwar tidak pernah melompat dari Umno. Sejarah
dan fakta sebenar adalah Anwar dipecat dari Umno melalui keputusan
Majlis Tertinggi yang ketika itu semua melutut di bawah 'Mahafiraun'
Mamak Kutty. Semoga Nazri Aziz boleh ingat semula sejarah dan fakta
ini.
Jika Anwar mahu saman Nazri atau Utusan Meloya dengan isu dan kenyataan
bodoh dari Nazri ini sudah tentu senang-senang Anwar boleh menang kes
tersebut. Tetapi Anwar tidak akan melayan kenyataan yang datangnya dari
Menteri yang Anwar kenal dari dahulu memang kerjanya tukang jilat
pemimpin di atas. Cuba sebut mana satu PM semenjak dari era Mahdey
Kutty hingga sekarang yang tidak pernah dicium tangannya oleh Nazri?
Seteruk-teruk Pak Lah yang kaki tidor itu pun kerap menjadi mangsa
kucupan tangan oleh Nazri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan