PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 30 Ogos 2012

Panas!! Ahli Parlimen Umno Terus Kekal Walaupun Di Isytihar BANKRAP

Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika :-

(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau

(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau
(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau

(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau

(f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negera di luar Persekutuan.

Tapi ahli parlimen Labuan dilaporkan akan kekal jadi Ahli Parlimen "Sehingga Sidang Parlimen berakhir September depan, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal akan duduk di kerusinya di Dewan Rakyat," kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika ditanya mengenai status wakil rakyat itu yang dilaporkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu.

Apa sudah jadi nei...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan