PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 12 Ogos 2012

Melaka Negeri Paling Selamat, Penjenayah Letup Mesin ATM Di Masjid Tanah


MELAKA - Sungguhpun dengan menggunakan bahan letupan, namun sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Masjid Tanah di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM).

Beliau berkata letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu.   "Polis menerima panggilan jam 3.40 pagi.

Menurut saksi perbuatan itu dilakukan empat lelaki yang menaiki dua motosikal namun mereka gagal melarikan wang daripada mesin ATM tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.   Beliau berkata jenis bahan letupan yang digunakan masih dalam siasatan. ~bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan