Idulfitri: Kemenangan menentang kebatilan
1 Syawal 1433H. [MOD] -
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
Bersyukur
kita kepada Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya yang tidak terkira
yang masih meletakkan diri kita di dalam arus perjuangan menegakkan
agama Allah di dalam wadah perjuangan PAS untuk mendaulatkan kalimahNya.
Ramadhan
hanya menghitung hari untuk ke penghujungnya. Ianya merupakan madrasah
tarbiah yang mendidik jiwa kita supaya lebih mengasihi Allah dan
RasulNya mengatasi kasih kita kepada perkara-perkara yang lain.
Alhamdulillah
sepanjang bulan Ramadhan kita telah berjaya mendidik diri kita bencikan
kebatilan dan kezaliman apatah lagi ketika umat Islam pada hari ini
berhadapan dengan ujian dan mehnah yang benar-benar menguji sejauh mana
keimanan kita kepada Allah s.w.t.
Oleh
kerana itulah, Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat
Islam di atas kejayaan menentang segala bentuk hawa nafsu di sepanjang
bulan Ramadhan. Kita berharap kemenangan menentang hawa nafsu dan
kebatilan ini dapat dilakukan secara berterusan selepas ini dan
diterjemahkan dalam erti kata yang lebih berkesan dan lebih besar untuk
merungkai segala bentuk rangkaian jahiliah dan kezaliman di dalam negara
ini untuk digantikan dengan kesejahteraan Islam.
Situasi
politik semasa di negara ini sekarang menuntut kita sebagai umat Islam
untuk kembali kepada panduan Al-Quran dan Sunnah dalam memimpin
kehidupan manusia. Tidak ada sistem dan cara hidup yang lebih agung
melainkan kita kembali kepada sistem dan panduan Islam sepertimana yang
ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Menjadi
suatu tanggungjawab kepada umat Islam untuk mengembalikan kemenangan
dan kedaulatan Islam di atas runtuhan sistem buatan manusia. Semangat
kemenangan pada bulan Ramadhan mengatasi hawa nafsu hendaklah diteruskan
pada setiap masa dan di mana sahaja kita berada sehingga kita
memperolehi kemenangan yang hakiki iaitu keredhaan Allah s.w.t di hari
akhirat kelak.
Kita hendaklah mengingati kata-kata saidina Umar ibn al-Khattab, "Kita
adalah satu kaum yang telah diberi kemuliaan oleh Allah s.wt. dengan
islam, bagaimanapun, jika kita mencari kemuliaan itu dengan sesuatu yang
dihina oleh Allah s.w.t maka kita akan dihina oleh Allah."
Yakinlah wahai para pejuang islam.
Sekian.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan