Penggali Kubur Maut Tertimbus Liang Lahad
KUANTAN – Seorang penggali kubur maut selepas liang lahad yang sedang
digali runtuh dan menimbusnya. Dalam insiden pada 10.15 pagi tadi di
tanah perkuburan Kampung Penak dekat Mentakab, mangsa, Zailan Hamid, 40,
sedang menggali kubur bersama seorang lagi rakan, Mohd Nasir Musa, 40.
Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh Superintenden Zundin Mahmood
berkata mangsa dipercayai meninggal dunia akibat cedera parah di kepala
dan patah leher. Liang lahad itu digali mangsa dan rakannya bagi
mengebumikan jenazah seorang warga emas, Minah Ishak, 76, yang meninggal
dunia akibat sakit tua. “Ketika menyiapkan bahagian akhir liang lahad
itu, tiba-tiba ia runtuh dan menimbus keseluruhan badan mangsa.
“Mangsa tertimbus lebih setengah meter, hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar.
“Rakan mangsa dan beberapa penduduk yang berada di kawasan berkenaan menggali dengan tangan dan berjaya mengeluarkan mangsa kemudiannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata Zailan meninggal dunia sejurus selepas itu.
Zundin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat. ~utusan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan