PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 30 Ogos 2012

Kempen kibar Jalur Gemilang tiada sambutan

Rizal Tahir, 30 Ogs 2012
KOTA BHARU: Sehingga hari ini, kempen kerajaan Pusat supaya rakyat mengibarkan Jalur Gemilang tidak mendapat tempat di hati masyarakat, temasuk di Kelantan.
Walaupun sambutan kemerdekaan negara bakal disambut esok, namun rakyat masih tidak berminat untuk berbuat demikian.

Perkara itu berlaku akibat kerajaan sendiri mempolitikkan kempen sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-55.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata walaupun kempen berkenaan telah lama dibuat, termasuk tema Janji Ditepat, namun saat-saat akhir ini ianya masih tidak mendapat tempat di hati rakyat Kelantan.

“Rakyat menganggap mengibarkan jalur gemilang seumpama mengibar bendera Umno.

“Mereka bukan tidak mahu mengibarkan jalur gemilang apa lagi menyambutnya kerana ianya kemerdekaan Negara kita,”ujarnya.

Tetapi, tambahnya kerana kerajaan promosi Umno, kerajaan juga mengajar rakyat kemerdekaan negara seolah-olah merayakan Umno, mereka langsung tidak berminat untuk mengambil bahagian.

Katanya, sambutan dingin rakyat untuk mengibarkan jalur gemilang itu paling ketara tahun ini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tetap akan mengadakan secara rasmi mengikut garis panduan yang betul, iaitu esok.

Katanya, kerana itu kerajaan negeri sendiri tidak mengadakan sambutan diambang kemerdekaan sebagaimana biasa, kerana ianya seolah-olah mengikut rentak Umno untuk ‘celebrate’ parti itu.

“Berlainan pula di peringkat parti, kita akan mengadakan program sambutan kemerdekaan negara nanti dengan cara yang betul,” ujarnya.

Menurutnya, PAS akan mengajak semua lapisan masyarakat menyambut hari kemerdekaan negara yang bakal dianjurkan nanti dengan mendedahkan tokoh-tokoh kemerdekaan.

Jelasnya, para ulama, termasuk Tok Janggut adalah antara mereka yang memperjuangkan tanah air.

“Ini yang perlu kita tonjolkan di samping pameran-pameran berhubung pejuang kemerdekaan negara sebenar,” ujarnya.

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal kerana rakyat diminta membalas budi parti itu khususnya dalam lirik lagu ‘Janji Ditepati;.

Katanya, kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan rakyat dan tidak perlu mengungkit semata-mata untuk mendapat perhatian mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan