PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 29 Ogos 2012

Saya tak tolak hudud’

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Saya tak pernah kata menolak hukum hudud Islam. Yang saya tolak adalah hudud Pas,” tegas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas kritikannya mengenai pengamalan hukum hudud dibawa Pas.
Menurutnya, terdapat perbezaan antara hukum hudud yang digariskan dalam Islam dengan apa yang mahu diamalkan parti di bawah pakatan pembangkang itu.

“Kita kena bezakan antara dua (hudud Islam dan Pas) ini...lain langsung. Apa yang Pas mahu bawa dia lebih mirip kepada nak kena hukum yang lebih berat yang tak pernah ada dalam Quran.
“Macam rejam dengan batu. Itu tak ada dalam Quran (sebaliknya), dalam Quran kita sebut mengenai sebat 100 kali bagi lelaki dan perempuan,” katanya.

Beliau yang ditemui pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011 (AIPM), di sini semalam turut memberitahu tetap menolak sekeras-kerasnya sebarang hukum yang tidak menepati keadilan seperti dijelaskan Islam.

Mengambil contoh amalan hudud di Afghanistan, jelasnya sama sekali tidak menyokong hukuman yang menembak mati seorang isteri apabila ia dituduh berbuat salah dan sudah dibicarakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan