PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 22 Ogos 2012

Gambar Umat Islam Di Israel Sambut Aidilfitri


Umum mengetahui, Israel sangat anti dengan orang-orang Islam terutama sekali dengan penduduk Palestin kerana bagi mereka, orang Islam adalah ancaman terhadap mereka.Banyak tindakan dan perkara yang mereka lakukan terhadap orang-orang Islam termasuklah dengan menindas hak-hak serta keperluan penduduk Palestin.

Hinggakan kemudahan untuk mengamalkan dan melakukan ibadah juga diganggu oleh kaum Yahudi itu.Dan ketika umat Islam melakukan persiapan untuk menyambut Syawal, pihak Israel mengawal ketat kemasukan pengunjung-pengunjung luar ke negara itu.

Seperti tahun lalu, sebanyak 13,000 pas sahaja diberikan kepada pelawat untuk masuk ke Israel.Berbeza untuk tahun ini, lebih 120 000 pas dikeluarkan kepada warga Arab untuk bertandang ke Israel bertemu saudara-saudara di Masjidil Aqsa.Semoga, kehadiran Syawal tahun ini memberikan saribu satu makna buat warga Palestin. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan