UTUSAN MEDIA BANGSAT YANG BAKAL DIHUKUM
MENGAPA istilah 'Kafir Harbi' ini wujud sewaktu Umno terkial-kial untuk
mendapatkan sokongan kaum Cina? Benarkah DAP itu 'Kafir Harbi' sekarang
dan tidak dahulu lagi sewaktu Umno mendapat sokongan kuat dari kaum
Cina di dalam Bn? Dan, paling penting hujah atau dalil untuk menghukum
DAP itu sebagai 'Kafir Harbi' adalah dalil yang boleh diguna pakai untuk
menghukum Umno itu sendiri.
Apa rasa Umno jika Umno juga disamakan dengan DAP atas dalil Umno juga
aktif sejak dahulu menentang Hukum Hudud? Tentunya ahli-ahli Umno
merasa marah jika dikatakan sedemikian, tetapi mereka tidak merasa
apa-apa jika label itu dikenakan kepada DAP. Inilah politik paling
bankrap Umno disaat mereka terdesak.
Media bangsat |
"Kafir Harbi" ini darah mereka halal buat umat Islam. Sedarkah Umno hal
ini? Apakah DAP sekarang terlalu bahaya kepada umat Islam? Lihat apa
yang Lim Guan Eng buat di P.Pinang, adakah pemerintahan Lim Guan Eng
dari DAP sekarang ini telah mengancam umat Islam khususnya di P.Pinang?
Cuba berikan dalil atau fakta semenjak bila MCA, Gerakan, MIC dan
berbelas parti komponen di dalam Bn sekarang termasuk Umno itu sendiri
yang secara jelas menyokong Hukum Hudud?
DAP tidak bersetuju dengan Hukum Hudud, tetapi pernahkah DAP membawa
penentangan mereka melalui mahkamah atau tindakan menentang secara
agresif? Cuba tanya pemimpin Umno pula, pernahkah mereka cuba
menghalang Hukum Hudud ini dari dilaksanakan melalui kuasa yang mereka
miliki? Jika ahli-ahli Umno lupa, cuba tanya Mahathir. Cuba tanya Zaid
Ibrahim sewaktu beliau berada di dalam Umno dahulu adakah hukum ini
pernah cuba dibawa ke mahkamah?
Sokong MCA harus, wajib, sunat? |
Maka bersalam dengan pemimpin dari Parti Komunis, hukum kita menyokongnya? |
DAP sedar PAS tidak pernah berganjak dari dasar Islamnya termasuk
cita-cita untuk melaksanakan Hukum Hudud, tetapi DAP sehingga kini tidak
berpaling dari kerjasama dengan PAS. Ertinya, DAP hanya menolak Hukum
Hudud tetapi konsisten bersama PAS dan PKR menentang amalan rasuah dan
berbagai bentuk kemungkaran yang lain. Berbeza dengan Umno, MCA,
Gerakan dan MIC, mereka bukan sahaja konsisten menentang Hukum Hudud
tetapi konsisten di dalam mengekalkan amalan rasuah dan berbagai bentuk
salah laku di kalangan pimpinan mereka.
Amat jauh beza DAP dengan Umno, tetapi tidak sampai kita menghukum Umno
itu sama seperti yang dihukum oleh Lebai Malang dari pondok Kelantan
itu. Walaupun kita ada hujah dan fakta, tetapi di dalam menghukum Umno
sehingga ke tahap itu bukan amalan kita berpolitik. Umno nampaknya
tidak pernah berfikir betapa bahayanya propaganda meng'kafir harbi'kan
DAP itu jika diteruskan. Media haprak dan bangsat Utusan Meloya tidak
pernah bertanggungjawab terhadap keharmonian di dalam negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan