(Gambar) Ust Nasharuddin Mat Isa Bersama Najib Ke Mesyuarat OIC
MAKKAH, 14 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua,
kanan) mendengar penerangan dari Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr.
Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan
tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) Keempat di sini pagi ini.
Turut hadir (dari kiri) Mufti Masjid Haram Makkah, Sheikh Dr. Sulaiman
Al Salumi dan Anggota Parlimen Bachok " Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Sebelum itu, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta
anggota rombongannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk
Syed Omar Mohamad Al-Saggaf dilaporkan telah memulakan ibadah umrah
dengan tawaf mengelilingi Kaabah. ~bernama
Addin :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan