PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 29 Ogos 2012

Rupa-Rupanya Ini Perangkap BN Untuk Kelirukan Rakyat

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) khususnya Umno menggunakan isu agama termasuk hukum hudud sebagai salah satu daripada tiga perangkap untuk mengelirukan rakyat dan menawan kembali sokongan terhadap perikatan itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara perkara itu ialah isu-isu berkaitan raja-raja, agama dan perkauman.
"Hudud adalah contoh 'perangkap' yang diperkatakan kerana isu berkenaan adalah dalam kategori agama.

"Isu berkenaan dilihat sebagai satu titik akhir yang digunakan Umno untuk jejaskan sokongan rakyat terhadap PR," katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Majlis Pakatan Rakyat, di sini, hari ini.

Jelas beliau, dengan kepelbagaian saluran media yang ada ketika ini, rakyat tetap tahu kebenaran.

"Pandangan rakyat terhadap sesuatu isu juga sudah berubah dan melihat kepada tahap sokongan rakyat ketika ini kami yakin rakyat tetap bersama kami," katanya. ~sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan