Ugutan dari Lombok
4 Syawal 1433H. [MOD] -
KAMUNTING:
Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan lelaki warga
Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu mendakwa
diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi
panggilan telefon dan SMS.
Ibu
Allahyarham Nur Afifah, Hasliza Ismail, 45, mendakwa lelaki itu yang
dikenali sebagai Mohamad Yani, 30-an, kerap menghantar SMS dan
menelefonnya sejak sebulan lalu dengan menggugut untuk menculik seorang
lagi anak perempuannya, Nur Amalina, 18.
“Dia
mengugut saya dengan memberitahu, mahu menghantar empat rakannya bagi
melarikan Nur Amalina ke Lombok untuk menggantikan arwah Nur Afifah.
Saya tidak pasti apa motif mereka berbuat demikian.
“Mungkin
mereka tidak puas hati kerana hajat mereka untuk memperdagangkan Nur
Afifah dalam sindiket pelacuran tidak tercapai apabila anak saya itu
meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Panglima,
di sini, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan