PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 22 Ogos 2012

Kisah Menarik Gadis Cina Peluk Islam

Kisah Menarik Loo Jo Yee Binti Abdullah Untuk RenunganTahukah anda bahawa Loo Joo Yee merupakan seorang gadis berketurunan Cina yang kini sudah pun memeluk agama Islam.Namanya mula dikenali ramai selepas ia mula berkongsi cerita bagaimana saat menerima hidayah Allah.Mungkin ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini.Pertama kali admin melihat beliau secara dekat apabila menghadiri sebuah majlis yang diadakan di bangunan SUK Selangor tahun lalu.

Sempat mendengar kisah beliau secara langsung dan ia cukup memberikan kita satu inspirasi diri. Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.Loo Jo Yee Binti AbdullahBeliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat.Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam.

Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar.

Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah Taala.

Belia menjalani cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.Keesokan harinya, ketika beliau medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.Note – Islam tidak pernah memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam, malah Islam juga bersedia untuk dikaji oleh orang kafir sendiri.

Alhamdullilah, bagi kita yang dilahirkan sebagai orang Islam sepatutnya lebih bersykur kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan