BIARKAN MCA DAN DAP SAJA BAHAS SOAL HUDUD JIKA UMNO TAKUT
Oleh: WFAUZDIN NS
BN semakin pening sekarang. Orang kata tiada kerja mahu cari kerja.
Menjelang PRU, maka pemimpin Umno/Bn mula main isu Hudud. Nah,
sekarang isu ini jerat diri sendiri dan semakin terserlah bahawa Umno
tidak pernah serius dengan Hudud.
Baru-baru ini Pengerusi MCA Selangor sudah beri amaran kepada rakyat,
jika tidak mahu hukum Hudud dilaksanakan maka rakyat kena tolak PR.
Sebelum itu, Presiden MCA sendiri pernah sebut hukum Hudud boleh bawa
negara ke belakang. Najib pun pernah sahkan bahawa negara ini tidak
akan laksanakan hukum Hudud. Cakap Najib ini kita lebih yakin kerana
mustahil Najib mahu hukum Hudud sedangkan hukum asas iaitu menutup aurat
pun Najib gagal perintahkan ke atas isterinya untuk ditaati. Hukum
Hudud jauh sekali.
Terbaru, Pengerusi MCA Kedah pula di dalam Sinar hari ini membuat
kenyataan mrnyokong Hudud. Patut dipuji kenyataan itu walaupun apa jua
nawaitunya. Apa yang penting ini menunjukkan bahawa hukum Hudud ini
semakin diminati untuk dibahaskan. Sepatutnya hukum ini menarik minat
pemimpin Umno dan semua pemimpin Islam untuk membahaskannya. Beranikah
Umno untuk berbahas atau muzakarah di dalam isu ini?
Jawapannya mudah. Semenjak bila Umno berani? Oleh kerana pemimpin Umno
dayus untuk berbahas atau muzakkarah di dalam isu Hudud ini maka
pemimpin Non Muslim yang berani tampil membawa isu ini.
Karpal Singh menolak Hudud berlandaskan Perlembagaan. Chua Soi Lek
menolak Hudud kerana bimbang negara mundur ke belakang, begitu juga
dengan Pengerusi MCA Selangor. Najib pula sebut Hudud tidak akan
dilaksanakan.
Samada Karpal, Soi Lek atau Pengerusi MCA Selangor tolak Hudud atau
menyokong Hudud seperti Pengerusi MCA Kedah ianya tidak membawa hukum
apa-apa pun. Sebaliknya jika orang seperti Mahathir dan Najib yang
berbelit-belit lidah untuk mencari jalan agar Hudud tidak akan
dilaksanakan, hukumnya amat berat sekali. Kecualilah jika mereka satu
kepercayaan agama dengan Soi Lek. Kesimpulannya, Umno tidak akan terima
Hudud kerana hukum ini akan menakutkan mereka yang kaki merompak dan
menyamun hak rakyat. Bayangkan kalau Kak Ijat atau Khir Toyo juga
sokong Hudud, tentu tidak masuk akal samasekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan