PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 1 Ogos 2012

Taliban untung besar



12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Trak yang membawa bekalan NATO memasuki Afghanistan dari Pakistan di sempadan Torkham di timur Kabul. - Foto AP Trak yang membawa bekalan NATO memasuki Afghanistan dari Pakistan di sempadan Torkham di timur Kabul. - Foto AP

Raih berjuta-juta dolar apabila Pakistan buka semula laluan

Kandahar: Ketika Amerika Syarikat mencanangkan kejayaan memujuk Pakistan menamatkan sekatan bekalan selama tujuh bulan kepada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Pejuang Taliban meraikan apa yang disifatkan sebagai kembalinya sumber kekayaan kepada mereka.

Kumpulan pemisah terbabit meraih berjuta-juta dolar daripada firma keselamatan Afghanistan yang membayar mereka secara haram untuk tidak menyerang trak bekalan dari Pakistan ke pangkalan tentera pakatan di seluruh Afghanistan, satu amalan yang cuba dihalang Amerika Syarikat tetapi diakui masih lagi berlaku.

Kami mampu untuk mendapat banyak wang, sebab itu bekalan NATO amat penting kepada kami”. - Komander Taliban

Jarang kena serang

Militan juga sering menyasarkan konvoi Pakistan tetapi kurang laporan mengenai syarikat membayar kepada pemisah terbabit, kemungkinan disebabkan laluan itu jarang menjadi sasaran serangan.

Seorang komander Taliban berkata keputusan Pakistan untuk menutup sempadannya kepada bekalan NATO November lalu berikutan serangan udara Amerika Syarikat yang membunuh 24 tentera Pakistan, mengurangkan aliran tunai kepada militan di selatan dan timur Afghanistan, iaitu laluan konvoi dari Pakistan.

Pakistan membuka laluan bekalan itu awal Julai selepas Amerika Syarikat memohon maaf.
“Menghentikan bekalan menyebabkan masalah besar kepada kami,” kata seorang komander Taliban yang mengetuai kira-kira 60 pemisah di timur Ghazni dalam satu temubual dengan Associated Press.

“Pendapatan berkurangan dengan teruk sekali. Sebab itu pemberontakan tidak sekuat yang kami rancangkan,” katanya.

Seorang lagi komander Taliban yang mengawal berpuluh pejuang di wilayah selatan Kandahar berkata wang dari syarikat keselamatan adalah sumber utama dana bagi pemberontakan yang digunakan untuk membayar pejuang dan membeli senjata, peluru serta bekalan lain.

Mampu dapat wang banyak

“Kami mampu untuk mendapat banyak wang,” kata komander berkenaan yang dihubungi melalui telefon.

“Sebab itu bekalan NATO amat penting kepada kami.”

Kedua-dua komander itu enggan mendedahkan nama mereka kerana bimbang menjadi sasaran NATO atau tentera Afghanistan malah tidak menyebut dengan tepat wang yang mereka peroleh dari konvoi berkenaan.

Tentera Amerika Syarikat tahun lalu menganggarkan sejumlah AS$360 juta dolar (RM1.121 bilion) cukai jatuh ke tangan Taliban, penjenayah atau orang tengah yang mempunyai hubungan dengan kedua-dua pihak.

Bawa makanan, minyak

Lebih separuh kerugian daripada AS$2.1 bilion (RM6.56 bilion) kontrak adalah untuk membawa makanan, air dan bekalan minyak kepada tentera Amerika Syarikat di seluruh Afghanistan. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan