KESIHAN, HASSAN JATI BALIK ASAL
Oleh: WFAUZDIN NS
BERMULA terkenalnya Hassan JATI adalah apabila beliau menjadi Pengacara
atau Pengerusi Forum Perdana Ehwal Islam suatu ketika dahulu.
Sememangnya rancangan berbentuk agama itu amat diminati ramai
terutamanya melibatkan Ahli Panel popular seperti Ustaz Tuan Ibrahim
Tuan Man, Ustaz Ismail Kamus dan juga Prof Dr Haron Din. Jika tiada
Hassan JATI ini dipilih sebagai Pengacara rancangan tersebut, siapa
kenal Hassan JATI waktu itu kecuali budak-budak `Summer Camp' sahaja.
Kemudiannya, tercetus zaman reformasi tahun 1998. Hassan JATI pun ghaib
dari kaca TV kerana beliau menyertai politik di dalam PAS. Prestasinya
meningkat di dalam PAS sehingga dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS
Selangor. Beliau juga menjadi Wakil Rakyat mewakili PAS dan juga Exco.
Ertikata lain, rezeki beliau bertambah apabila menyertai PAS yang
memberi makna rezeki bukan terletak di tangan Umno. Rezeki ditentukan
oleh Allah dan Allah tidak akan putuskan rezeki sesiapa sahaja yang
berjuang menegakkan agamanya.
Malangnya, akibat tamak haloba ingin menjadi MB Selangor dan kecewa
apabila tiada lagi jawatan tinggi di dalam PAS, maka Hassan JATI
tercampak dari perjuangan Islam. Beliau kini ke hulu ke hilir menjadi
`Sub Kontrak' Umno untuk memburuk-burukkan PAS dan PR. Di saat ramai
pejuang Islam di dalam PAS semakin maju ke hadapan berkat dari kesabaran
dan kegigihan perjuangannya, Hassan JATI semakin ke belakang. Dari
seorang Pesuruhjaya PAS Selangor malahan pernah berada di kerusi Naib
Presiden PAS, kini Hassan JATI kembali kepada asal iaitu selaku
Pengacara, setaraf dengan Aznil Nawawi atau Zizan Raja Lawak.
Ini semua adalah kerana silap beliau yang lupa diri. Tidak keterlaluan
jika dikatakan level Hassan JATI sama seperti Umi Hafilda yang ke hulu
ke hilir tidak pernah lekang mulut dari bercerita pasal fitnah seks dan
hal-hal di dalam kelambu orang lain yang beliau sebenarnya tidak pernah
lihat dengan matanya sendiri. Oleh kerana media seperti RTM atau TV3
suku itu ejen penyebar fitnah, maka amat sesuai lah kini Hassan JATI
kembali ke lubuk fitnah.
Rancangan Ehwal Islam sempena Ramadhan tahun ini menampilkan beliau
selaku Pengacara. Kita lihat nanti adakah dengan kehadiran Hassan JATI
ke situ akan mengembalikan kegemilangan rancangan tersebut seperti di
era 80-90an dahulu. Adalah lebih baik jika RTM padukan dua pengacara
rancangan tersebut dengan menggandingkan Hassan JATI dengan `Ustazah Umi
Hafilda' jika tidak pun Zul Kulum.
Tidak pelik Hassan JATI dipilih sebagai Pengacara kerana kita berani
potong jari kalau Hassan JATI ini masih berada di PAS, usah mimpi beliau
akan dipilih. Hassan JATI pastinya tidak akan lepaskan peluang mencari
duit seperti ini bagi persiapan beliau setelah di`pencen'kan oleh
rakyat di dalam PRU akan datang. Sementara menanti PRU yang akan
diadakan bila-bila masa dari sekarang tentunya Hassan JATI perlu
mengumpul wang paling tidak untuk menampung kehidupannya setelah beliau
hilang deposit di dalam PRU akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan