PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 3 Ogos 2012

Selemah-Lemah Pak Lah Tidak Tarik Logo Merdeka

KUANTAN - Selemah-lemah Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), tidaklah sampai logo sambutan Hari Kemerdekaan perlu ditarik balik seperti sekarang, di zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak. “Maknanya zaman Najib lebih lemah daripada pentadbiran Pak Lah,” kata Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad.
Suhaimi berkata, buat pertama kali dalam sejarah negara, tema Merdeka gagal memberikan inspirasi pada rakyat sehingga rakyat mencadangkan tema yang baru. “Najib sememangnya sedang melengkapkan kejatuhan BN,” tambah beliau. Pada 29 Julai yang lalu, Datuk Seri Rais Yatim menarik balik logo Hari Kemerdekaan negara yang ke-55 akhirnya selepas diserang kiri dan kanan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu turut menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia seperti mana sambutan pada tahun lepas bercanggah dengan kenyataannya yang lepas ketika mempertahankan logo tersebut.

Malah, Rais berhelah bahawa "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi."

Suhaimi juga berkata PAS Pahang menyambut baik cadangan tema Merdeka yang dipilih rakyat, melalui Pakatan Rakyat iaitu “Sebangsa, Senegara dan Sejiwa.”

Beliau berkata tema itu lebih menepati hasrat rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

“PAS Pahang mencadangkan semua kain rentang, bunting yang akan dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat dan rakyat sempena sambutan Merdeka meletakkan tema baru ini.

“Malah, negeri-negeri Pakatan Rakyat seharusnya menggunakan tema dan logo yang akan dikeluarkan kemudian dalam acara rasmi sambutan kemerdekaan di negeri masing-masing,” cadang beliau. ~hrkh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan