Ahad, 21 April 2013
CALON BN : TENGOK-TAPIS-FIKIR JAP-TOLAK TERUS-
LENGGONG: 21 April 2013 - Peringatan kepada rakyat disini yang akan membuang undi bagi melantik dan memberi mandat kepada pemimpin dipilih nanti supaya membawa suara rakyat kedalam Dewan Negara dan Dewan Negeri.
Peringatan penting ini sangat perlu kerana, tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang amanah, ikhlas dan sanggup menghambakan diri kepada Allah dan bersedia menjadi golongan pemimpin bagi kaum muslimin dengan telus, adil berkebajikan. Semua ini merupakan suatu kewajipan besar keatas semua umat islam dan bukan islam di daerah ini untuk membuat pilihan.
Kita tidak mahu bicara politik yang tidak ada nilai seperti 'fitnah dan lucah.' Kerana budaya itu bukan milik anak bangsa.
Nah... saksikan,.. Pada PRU 13 ini, sekali lagi ketiga-tiga calon yang telah dilantik oleh pimpinan Bn ini, berhasrat untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat di daerah ini untuk sepenggal lagi sebagai wakil rakyat.
Perhalusilah berulangkali, sekiranya mereka dipilih mewakili rakyat untuk kesekian kalinya, ingatlah tempoh sepenggal dalam masa 5 tahun akan datang, merupakan satu jangkamasa yang panjang bagi rakyat yang sering mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk mereka nikmati dan dapat diwarisi oleh masa depan anak-anak mereka nanti.
Sampailah masanya pada tahun 2013 yang bersejarah ini, setiap 5 tahun sekali, kita semua dapat menilai hasil kerja yang telah diamanahkan kepada pemimpin BN yang telah dipilih.
Lihatlah,.. mari kita imbas kembali 'Track Record' pencapaian kerja mereka yang tidak dapat menampakkan anjakan besar dalam menyelesaikan masalah atau membantu rakyat golongan bawah di akar umbi yang berlarutan sejak sekian lama dengan berbagai masalah.
Kemelut kemiskinan dibawah takrif berpendapatan rendah rakyat yang berkerja kampung-kampung, menjadi belarutan dan tiada sebarang agenda atau rangka penyelesaian dilakukan oleh wakil rakyat BN untuk menjamin masa depan golongan anak kampung termasuk golongan anak muda yang mahu tinggal di kampung halaman sendiri.
Barang diingat, kita sebagai anak warisan desa berhak untuk menduduki, mengusahakan tanah-tanah pinggir yang mesti diberikan peluang untuk membuka dan memajukan tanah-tanah pinggir samada secara kelompok ataupun sebagainya bagi meneruskan kesinambungan hidup sebagai anak desa.
Persoalan yang mesti dirungkai, apakah ada kerugian terhadap kerajaan selama BN memerintah untuk anak bangsa, Negeri atau Negara, sekiranya tanah-tanah yang masih luas dipinggir kampung mereka diberikan kepada anak kampung untuk diusahakan, serta diberikan hak milik untuk diwariskan kepada anak desa yang mengusahakannya agar mereka boleh menetap tinggal di tanah tumpah darahnya sendiri?
Dan apakah untungnya kepada rakyat sekiranya semua saki-baki tanah-tanah pinggir kampung diteroka oleh syarikat pembalakan. Setelah mengaut berjuta-juta keuntungan, akhirnya, tanah tersebut diteroka pula untuk dijayakan projek-projek perladangan yang menyaksikan tanah-tanah pinggir kampung warisan anak desa diserahkan kepada syarikat-syarikat tertentu yang memang tidak menguntungkan rakyat tempatan dan akhirnya status pemilikan tanah itu juga dengan mudah terlepas kepada tangan-tangan orang yang bekepentingan.
BANTUAN BR1M: CUBAAN BN MENUTUP KELEMAHAN, SEKAT RAKYAT TUNTUT HAK YANG LEBIH BESAR DAN LEBIH UTAMA.
Sekiranya bantuan BR1M yang telah diterjemahkan oleh calon BN itu sebagai bantuan paling besar BN kepada rakyat, maka nilainya amat kecil jika kita hendak bandingkan dengan kepentingan hak asasi kita sebagai rakyat (warganegara) di Negeri dan Negara ini.
Bantuan kewangan dan barangan itu sebenarnya hendaklah bersifat berterusan, bukan selepas 56 tahun BN memerintah.
Manakala, hak rakyat yang asasi, ialah menentukan setiap warganegara Malaysia mempunyai hak untuk memiliki tanah untuk dijadikan tapak rumah dan tanah pertanian khususnya kepada rakyat yang tinggal di kampung-kampung tradisional di luar bandar. Itulah yang menjadi warisan anak bangsa. Sedang kita saksikan pada hari ini, semakin banyak syarikat-syarikat yang telah memonopoli ribuan dan ratusan ekar tanah-tanah anak warisan desa diatas tiket pembangunan dan kemajuan luar bandar yang telah terlepas ketangan orang lain ketika rakyat sendiri masih menumpang dibumi sendiri.
Apa yang mengecewakan rakyat luar bandar pada ketika ini, semua calon BN yang dipilih ini, hanya mengutamakan pembangunan projek yang tidak menyentuh terus kepada golongan sasaran. Iaitu, rakyat yang masih tidak punyai aset untuk teruskan kehidupan di desa dan berpendapatan rendah yang berkerja dan tinggal dikampung.
Nilai sebidang tanah untuk rakyat meneruskan kehidupan menyambung warisan anak desa tidak boleh langsung disamakan dengan nilai pemberian bantuan BR1M bersifat sementara oleh calon-calon BN.
Ingat, nilai kita sebagai rakyat bukan setakat RM500 atau RM1000 selepas 56 tahun.
Tetapi, nilai kita sebagai warganegara dan anak bangsa lebih besar dan kita berhak mendapat manfaat daripada hasil setiap inci bumi warisan desa yang kita pijak ini.
Jadi, usahlah terjerat dengan kesanggupan calon BN berbohong ketika rapat umum seperti katanya; "BN membawa kemajuan dan kemudahan setelah menyediakan infrastruktur asas kepada rakyat seperti bekalan air, letrik, jalan dan jambatan itu, merupakan rahmat paling besar dari BN untuk rakyat nikmati. (Sedarlah,..Tiada Negara didalam Dunia ini yang tidak menyediakan keperluan asas kepada rakyatnya. Hanya calon-calon BN di 'Lenggong' sahaja sanggup menyatakan sedemikian kepada orang kampung.)
Puashati kah anda sebagai rakyat merdeka? Setelah 56 tahun berlalu, 4 kampung seberang sungai Perak belum tentu bila akan mula menerima bekalan air bersih? Inikah pencapaian calon BN disini? Saluran batang paip kerumah rakyat pula hanyalah PVC berkualiti rendah. (Kalau polypipe ada la jugak standard) Sedangkan, jumlah peruntukannya melebihi RM6.8 juta.
Nyatanya, ia sudah terlambat dan langkah calon BN itu, sedang berada paling jauh terkebelakang ketika berdepan dengan para generasi pengundi baru untuk meraih undi.
FAKTOR SUPAYA RAKYAT MENOLAK SEMUA CALON-CALON BN YANG BERTANDING DI P.055 LENGGONG. (DUN Kota Tampan & DUN Kenering.)
Kesemua calon BN agak gagal memikul tanggungjawab besar menggendong harapan rakyat di kampung-kampung disini yang mengalami berbagai masalah seperti pendudukan tanah pinggir rizab sungai (Tanah TOL) di beberapa buah kampung oleh masyarakat kampung sejak diberi mandat sebagai wakil rakyat.
Antara faktor calon-calon BN gagal selesaikan masalah rakyat saya senaraikan disini seperti berikut:-
1. Tanah Bagan Ragut kg.Cherakoh untuk penduduk Kg.Raban,Kg.Kuak dan Changkat Berangan diambil buat kolej. Tanah lebih dipecah menjadi tanah lot banglo dan dijual kepada golongan kaya. Sampai sekarang tidak diganti untuk rakyat tambah pendapatan menternak peliharaan.
2. Tanah warisan desa penempatan orang melayu kampung tradisional tidak mempunya status hak milik/TOL. Sehingga kini masih tidak di selesaikan.
3. Ladang teh Lenggong dana dari Perbadanan Kemajuan Negeri Perak mengalami kerugian sehingga kilang ditutup. Lebih malang, tanah ladang teh itu juga tidak dapat memberi mnfaat kepada rakyat yang lebih memerlukan. Sebaliknya, beratus ekar ladang terlepas kepada syarikat yang didalangi oleh pihak berkepentingan.
4. Pembalakan Hutan simpan banjaran Korbu merentasi kg bukit Sapi, Chepor, Luat dan kg.Beng yang telah menyebabkan ganguan satu-satunya bekalan air bukit (tiada bekalan air bersih) kepada 4 buah kampung setiapkali hujan.
5. Tanah hutan simpan banjaran Korbu sudah mula diteroka, bermula di air Karah sehingga ke hutan Lasah sg.Siput. Kononnya untuk mewujudkan Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM.) Sayangnya, manfaat untuk rakyat yang hendak bermastautin di kampung halaman tidak juga kelihatan. Jadi, apa yang telah berlaku keatas ladang teh suatu masa dulu akan berulang sama seperti hal yang dinyatakan keatas tanah hutan simpan banjaran Korbu ini.
Admin juga akan memperincikan satu persatu isu tanah yang gagal diselesaikan oleh kesemua calon-calon BN selama mereka menjadi wakil rakyat di P.055 ini pada kemaskini akan datang.
3. Ladang teh Lenggong dana dari Perbadanan Kemajuan Negeri Perak mengalami kerugian sehingga kilang ditutup. Lebih malang, tanah ladang teh itu juga tidak dapat memberi mnfaat kepada rakyat yang lebih memerlukan. Sebaliknya, beratus ekar ladang terlepas kepada syarikat yang didalangi oleh pihak berkepentingan.
4. Pembalakan Hutan simpan banjaran Korbu merentasi kg bukit Sapi, Chepor, Luat dan kg.Beng yang telah menyebabkan ganguan satu-satunya bekalan air bukit (tiada bekalan air bersih) kepada 4 buah kampung setiapkali hujan.
5. Tanah hutan simpan banjaran Korbu sudah mula diteroka, bermula di air Karah sehingga ke hutan Lasah sg.Siput. Kononnya untuk mewujudkan Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM.) Sayangnya, manfaat untuk rakyat yang hendak bermastautin di kampung halaman tidak juga kelihatan. Jadi, apa yang telah berlaku keatas ladang teh suatu masa dulu akan berulang sama seperti hal yang dinyatakan keatas tanah hutan simpan banjaran Korbu ini.
Admin juga akan memperincikan satu persatu isu tanah yang gagal diselesaikan oleh kesemua calon-calon BN selama mereka menjadi wakil rakyat di P.055 ini pada kemaskini akan datang.
- Kg.Pengkalan Ikan Kuak - DUN Kota Tampan.
- Chuas terletak ditepi rezab jalan - DUN Kota Tampan.
- Cherakoh - DUN Kota Tampan.
- Tampan Air - DUN Kota Tampan.
- Kg.Sawa - DUN Kenering.
- Kampung Malau - DUN Kenering.
- Kg.Belum Baru - DUN Kenering.
- Kampung Kuala Kenering (Rancangan Merah) -DUN Kenering.
- Kg.Lawin - DUN Kenering.
- Kg. Padang Jeri - DUN Kenering.
- Air Ganda -DUN Kenering.
- Bukit Merikan - DUN Kenering.
- Kg.Kuala Kenderong - DUN Kenering.
Jadi, wahai semua calon-calon BN, berhati-hatilah ketika menuturkan ucapan kamu sewaktu siri rapat umum disepanjang tempoh kempen ini.
Jangan pula kamu semua cuba menabur fitnah dan kata lucah terhadap lawan kamu dihadapan rakyat yang telah berikan kamu kepercayaan menjalankan amanah yang tidak kamu laksanakan bagi menyelesaikan masalah mereka.
Kewajipan kamu adalah memberikan hak rakyat yang kamu pinjam selama kamu diberi mandat oleh rakyat pada PRU12 yang lalu.
Pada hari ini, masyarakat warisan kampung dan desa sudah dapat menilai
keupayaan pemimpin politik dan dapat berfikir di luar kotak didalam mencari halatuju yang lebih baik untuk masa depan mereka, berbanding sebelumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan