PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 29 April 2013

KONVOI TAWAN PARLIMEN LENGGONG: "Sejarah PRU P.055 Parlimen Lenggong Tercipta."

LENGGONG: 28 April 2013 - Kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan disini ternyata telah dizahirkan dalam program konvoi jelajah Unit Peti Undi (UPU) kawasan P.055 Parlimen Lenggong, ditandingi Calon PAS, Tn Hj Razman Zakaria

Program kempen konvoi berkereta dan bermotosikal melibatkan jentera semua peringkat PAS Kawasan,  turut dibantu 17 orang ahli kelab motosikal 'Superbike' (Berkuasa Tinggi) anak Lenggong diperantauan yang didatangkan khas daripada Lembah Klang, bagi membantu  dan  menyuntik semangat jentera pemuda bersama-sama berkempen mendekati serta merayu pengundi memberikan sokongan kepada Calon PAS, Tn Hj Razman Zakaria, sepanjang tempoh beberapa hari lagi menjelangnya PRU-13 pada 5 Mei Ini.

Penyertaan peserta diluar jangkaan dalam program ini sangat membanggakan apabila hampir 1000 peserta dianggarkan mengikuti konvoi yang dikawal oleh Jab. Amal Kawasan yang berakhir dengan selamat tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Konvoi bermula jam 11:30 pagi dari rumah Calon PAS, Tn. Hj Razman Zakaria, di kg.Luat, dianggarkan deretan sepanjang 5 kilometer sepanjang jalanraya merentasi  laluan Kg. Telok Batu, kawasan Felda Lawin Selatan, Felda Papulut, Felda Lawin Utara merentasi Gerik dan berakhir di Kg. Air Ganda.

Sambutan baik diberikan oleh rakyat ketika edaran risalah disampaikan oleh jentera dari rumah kerumah juga mendapati rakyat menerimanya dengan baik. Sambil menyatakan mereka juga akan bersama-sama rakyat yang akan akan membuat perubahan untuk memberikan sokongan dan undi kepada calon PAS bagi P.055 Parlimen Lenggong dan calon dari Pakatan Rakyat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

Tn Hj Razman mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program konvoi terbesar ini. "Inilah kekuatan ahli dan penyokong-penyokong PAS yang dikagumi, disegani dan ditandingi oleh pihak lawan."

"Saya rasa terharu dengan sokongan diberikan oleh semua peserta konvoi yang telah menjayakan program ini. Sebenarnya, jumlah peserta yang menyertai program ini adalah diluar jangkaan saya."

"Walaupun tiada sebarang imbuhan atau upah diberikan kepada semua peserta dan penyokong-penyokong untuk mengikuti konvoi. Tetapi, mereka tetap bersemangat dan tetap bertenaga mengikuti program hingga berakhir." Tambah Tn Hj Razman.

Inilah gelombang kebangkitan rakyat yang telah dizahirkan oleh para penyokong-penyokong PAS di Lenggong. Dengan pendekatan ini, rakyat diperingkat akar umbi dapat menyaksikan arus perubahan yang sedang berlaku. 

Maklum balas segera daripada pengundi ketika menerima bahan kempen yang  diedarkan oleh jentera PAS; "Inikali lah..." membuatkan jentera PAS gembira sambil berkata; "Tukar." 

Penerimaan baik diberikan oleh rakyat di Lenggong kepada calon P.055 Lenggong, Tn. Hj Razman Zakaria ketika kunjungan rumah-kerumah yang dilakukan dengan berterusan di kawasan ini sejak 5 tahun lalu, memberikan kelebihan kepada beliau mendahului calon lawan daripada Bn.
Pandangan rakyat terhadap calon PAS, menggambarkan ada peningkatan sokongan dan kelebihan kepada Tn Hj Razman berdasarkan, kesungguhan gerak kerja beliau  didalam semua program yang telah dianjurkan oleh PAS kawasan Lenggong.

Agenda membela permasalahan rakyat melalui isu-isu yang  menyelubungi rakyat berkaitan tanah penempatan dan pertanian baru untuk generasi anak muda, agensi Felda dan Felcra serta kampung-kampung tradisional di kawasan Parlimen ini, telah membuka mata rakyat diperingkat akar umbi.

Disamping itu, pelan perancangan untuk menjadikan Lenggong sebagai hab pengajian islam telah dimulakan daripada awal dengan terdirinya sebuah Maahad Tahfiz Al Quran Lid Da'awah Wal Imaamah yang dibuka pada awal tahun 2013 dengan pengambilan pelajar seramai 30 orang pelajar menduduki kelas pengajian selama 3 tahun bagi sesi pertama sebagai, 'Huffaz.'

Tn Hj Razman bercita-cita untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang 'Huffaz' Quran, untuk sebuah kampung yang berada di Parlimen Lenggong.

Insya-Allah, sekiranya cita-cita dan usaha ini berjaya, maka mereka inilah yang akan menjadi harapan dan tempat sandaran kepada masyarakat yang tinggal di kampung halaman mendapat rujukan dan membolehkan generasi akan datang mengembalikan suasana surau dan masjid yang sudah lama tidak lagi kelihatan sinar kegemilangannya seperti apa yang sedang berlaku pada hari ini.

Calon PAS ini juga yakin, apabila masyarakat memberikan mandat kepada beliau pada PRU 13 ini sebagai pemimpin di Parlimen Lenggong, beliau akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memastikan apa yang diperjuangkan untuk rakyat selama ini, akan dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat dengan adil.

Insya Allah, "Tn Hj Razman Zakaria Harapan Baru Rakyat Lenggong." 
Sesuailah Seperti Laungan Gelombang Kebangkitan Rakyat Diseluruh Negara; "Inikali lah,... Tukar"...!!!.

Sama-samalah Kita Buat Perubahan.
[Admin] : Terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program 'Konvoi Tawan Parlimen Lenggong' secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih kepada:-
  • Rakyat Yang Mahukan Perubahan.
  • Pengundi P.055 Tinggal Di Luar Kawasan.
  • 17 Sahabat Kami 'Super Bikers'.
  • Jab.Amal Kawasan.
  • PDRM.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan