PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 22 April 2013

Akhbar Singapura Dedah Robert Kuok Beli Tanah Di Iskandar Malaysia Di Bawah Harga Pasaran


Mengejutkan! Pendedahan terbaru sebuah laporan akhbar di Singapura, The Straits Times mengesahkan bahawa bilionair terkenal, Robert Kuok sudah pun membeli tanah di Iskandar Malaysia di Nusajaya pada harga RM182 juta (SGD74 juta).

Pembelian itu dibuat kurang dari dua minggu sebelum pilihanraya umum 5 Mei ini menerusi usahasamanya dengan cabang pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional (Khazanah).

Dua lot tanah presint di Nusajaya telah dibeli dengan pegangan ekuiti 70 peratus dimiliki oleh Robert sementara selebihnya oleh Khazanah.

Dalam pelaburan yang dijangka memperolehi pulangan sehingga RM12 bilion (SGD3.7 bilion) dalam masa 15 tahun, Robert yang merupakan manusia terkaya di Asia Tenggara sudah memulakan projek berskala besar di pusat pentadbiran kerajaan Johor itu sebaik sahaja pembelian selesai.

Kekayaan terkini Robert di seluruh dunia dianggarkan bernilai USD12.7 bilion (RM40.64 bilion).

Menerusi syarikat induknya, Kuok Brothers, Khazanah dan syarikat Kuok tersebut akan bergabung menjadi entiti dinamakan Southern Marina Development untuk membangunkan tanah seluas lima hektar di Puteri Harbour di Nusajaya dari pemilik tanah asal, UEM Berhad (UEM).

1 ulasan:

  1. Khazanah ada 30 % saham dalam Southern Marina manakala 70% ekuiti lagi dimiliki oleh Robert Kuok. Harga tanah telah mengambil kira pegangan saham 30% saham Khazanah secara percuma dalam Southern Marina. Ini bermakna Khazanah tak perlu lagi menyuntik apa-apa modal dalam Southern Marina kerana harga tanah tersebut.

    Ini adalah syarat-syarat biasa dalam Perjanjian Usahasama dan Perjanjian Pemeganga Saham apabila mana-mana pihak tidak menyuntik modal berbayar secara tunai sebagai ekuiti syarikat saham berkenaan.

    BalasPadam