PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 15 April 2013

2 Bekas MB Perak Dari Umno Bakal Sertai Pakatan Rakyat?

Tajol Rosli
Sejak Nizar mengeluarkan ucapan berkenaan akan ada bekas MB dari UMNO yang akan menyertai PAS, berita itu menjadi panas. Timbul pelbagai spekulasi siapakah individu tersebut.

Bagaimanapun segala persoalan itu terjawab apabila terdapat pengesahan daripada beberapa pihak yang mengatakan bekas MB yang akan menyertai PAS adalah Muhammad Taib, bekas MB Selangor.

Walaupun pengumuman itu belum rasmi, namun ia sekadar menantikan pengesahannya sahaja daripada PAS. Boleh dikatakan 99.9% beritu adalah sahih.

Namun disebalik menantikan pengumuman Mat Taib, sebenarnya khabar berkaitan MB UMNO yang akan menyertai PAS itu masih belum reda. Dalam erti kata lain, bukan Mat Taib yang Nizar maksudkan.

Malah ada maklumat daripada dalam UMNO sendiri yang menyampaikan akan ada seorang bekas MB akan menyertai PAS, dan seorang lagi bakal menyertai PKR. Wah berapa ramai bekas MB UMNO yang akan keluar parti!.

Ramli Ngah Talib

Individu yang dimaksudkan ialah Tajol Rosli (bekas MB ke-9 Perak) yang dikatakan akan menyertai PAS dan Ramli Ngah Talib (bekas MB ke-8 Perak) akan menyertai PKR.

Walaupun maklumat ini sukar dipercayai, namun spekulasi ini tidak boleh ditolak. Terutama di saat musim pilihanraya seperti ini. Sama juga seperti maklumat awal yang mengatakan Mat Taib akan PAS, siapa sangka Mat Taib akan masuk PAS!.

Sama-sama kita nantikan sama ada berita ini sama ada benar ataupun sekadar acah-acah pilihanraya yang sering berlaku terutama untuk mendapatkan tempat sebagai calon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan