PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 9 April 2013

PECAH BERITA! Adnan Mansor CABUT LARI Bila Husam Bertanding Putrajaya?


Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan yang menelan wang Petronas (baca: wang rakyat) RM20 bilion, 'terima kasih' kepada BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad, kini bersedia menerima kehadiran bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa yang secara rasmi dicalonkan bertanding di kubu kuat Umno itu.

Tetapi malangnya, dikhabarkan BEKAS penyandang kerusi itu, Adnan Mansor tidak mahu pula dicalonkan semula bertanding atas alasan mahu berehat dan hanya menumpukan kepada jawatannya sebagai Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) selain menguruskan perniagaannya.

Ura ura tersebut sudah kedengaran sejak awal Disember lalu yang membayangkan Adnan tidak mahu lagi diletakkan di kerusi selesa itu buat penggal ketiga berturut-turut selain pada ketika itu calon Pakatan Rakyat pun masih belum diumumkan.

Apa yang menjadi kebimbangan Adnan sebenarnya adalah walaupun Putrajaya merupakan pusat pegawai dan kakitangan kerajaan yang secara simboliknya menyokong Umno dan BN, namun jumlah pengundi yang berasal dari negeri kelahiran Husam juga dikatakan tinggi.

Ini juga memberi indikator penting terhadap penerimaan dan kesediaan pengundi untuk memilih sama ada mengundi calon BN atau calon anak kelahiran negeri mereka sendiri.

Husam yang terus mengekalkan DUN Salor di Kelantan atas nasihat bekas Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka akan berhadapan tugas berat untuk menjadi 'jeneral perang' yang menanti kehadiran pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat lain seperti Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan baru kelak.

Menariknya, Husam seolah sudah merancang pelbagai strategi ampuh dan khusus ditujukan kepada lebih 6,700 pengundi Putrajaya yang bukanlah semuanya selesa dengan keadaan sekarang.

Daripada jumlah tersebut, ada kira-kira 730 ahli PAS berdaftar di sini dan ahli KEADILAN juga sekitar 150 ke 200 orang, cukup berbaloi dengan peratusan sekitar 18 ke 20 peratus pengundi yang bakal menentukan kalah atau menang Husam.

Selain perkhidmatan rondaan berkala oleh kakitangan Perbadanan Putrajaya dan kutipan sampah yang teratur, masalah utama yang membelenggu penduduk parlimen itu ialah kadar jenayah yang dikatakan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Selain itu, masalah keruntuhan moral anak muda yang menghuni presint berhampiran dengan Dengkil dan Bangi juga perlu diambil perhatian Husam jika mahukan kemenangan mutlak Pakatan Rakyat di salah satu kerusi paling berharga di Malaysia.

Hemat BN, jika Putrajaya terlepas, ia merupakan satu malapetaka dahsyat kerana sekiranya menang lagi, mereka tidak lagi boleh bermegah dengan kekuasaan persekutuan malah ditertawakan seluruh dunia kerana parlimen pentadbiran kerajaan dikuasai Pakatan Rakyat.

Dalam satu majlis makan malam tadi, beberapa cadangan dan saranan ditimbulkan dalam sesi percambahan santai bagaimana mahu memastikan Husam berjaya menawan parlimen Putrajaya.

Ada yang mencadangkan beberapa pertemuan diadakan bersama penduduk menyelami masalah mereka yang dipendam selama ini, mungkin takut dikenakan tindakan oleh ejen-ejen BN yang berkeliaran di sana sini mencari mangsa untuk dijadikam kambing hitam.


Mengembalikan kegemilangan Putrajaya yang dilihat tidak terurus juga ada dalam agenda Husam kerana dilihat beberapa infrastruktur seperti jambatan dan kawasan permainan sudah mula bermasalah.

Tidak dinafikan keputusan Adnan dipercayai ada kaitannya dengan maklumat sulit yang bocor beberapa minggu lalu mengatakan BN kini berada dalam keadaan bahaya mengekalkan Putrajaya berdasarkan laporan risikan beberapa agensi kerajaan seperti Cawangan Khas PDRM dan sumber risikan tentera.

Beberapa pandangan sinikal

Selain itu ura-ura kakitangan kerajaan untuk meletakkan calon mereka sendiri menentang Adnan (atau Husam?) dilihat satu perkembangan bahaya buat BEKAS penyandang kerusi tersebut, walaupun tidak dinafikan ia bakal memecahkan undi kepada tiga puak.

Setakat ini Jalan Pulang masih menunggu maklumat terbaru berhubung kegiatan mereka yang kini dipantau rapi beberapa orang perisik yang sudah berada di sana sejak seminggu lalu.

Tidak ketinggalan juga kita semua sudah mengetahui bahawa Adnan terlibat di dalam skandal video VK Lingam yang sehingga ke hari ini masih di dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja”.

Video Lingam yang telah disahkan kesahihannya oleh pakar luar Negara telah merakamkan dengan jelas nama Adnan disebut secara jelas beberapa kali oleh VK Lingam dan digambarkan mereka sebagai sangat rapat dan sudah biasa mengendalikan percaturan tersebut.

Perbualan jelas Lingam mengaitkan Adnan pasti akan dijadikan modal kempen ampuh Pakatan Rakyat bagi membuktikan pakatan itu serius untuk mengheret Adnan, Lingam dan Mahathir bersama ke muka pengadilan bagi menyelesaikan skandal yang sudah berakar lebih 20 tahun itu.

Kegagalan pengundi Putrajaya memahami isu tersebut dalam pilihanraya umum lalu disebabkan kurangnya penerangan kepada mereka selain takut diambil tindakan sekiranya didapati menyokong Pakatan Rakyat.

Apa juga alasan Adnan mengelak dari bertembung dengan Husam pastinya akan memberi isyarat jelas, Putrajaya pun bukanlah sukar untuk ditawan jika idea dan perancangan rapi dilakukan dari sekarang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika perkembangan ini benar, ia sudah jelas menunjukkan bahawa Adnan bukan sahaja seorang ahli politik bacul tetapi sebenarnya takut pada bayang-bayang kekalahan memalukan sementara menunggu Putrajaya tumbang di hadapan matanya sendiri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan