KANTOI! Tok Guru Umno Sendiri Sebar Video Lucah Palsu Pemimpin PAS!
Feewiit!
Nampaknya bukan setakat macai murahan Umno ditugaskan menyebar rakaman video lucah palsu membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, rupaya tok guru pondok pun sudah gilakan benda porno!
Begitulah watak dan perangai hodoh sebenar yang ditunjukkan pengasas pondok Madrasah Annajmiyah di Tumpat, Kelantan, Abdullah Saamah!
Walaupun setelah disiasat di laman page Facebooknya mendapati ia diuruskan oleh pentadbir laman dan bukannya Abdullah sendiri, namun ia jelas satu perbuatan jijik dan terdesak dilakukan semata-mata mahu memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihanraya umum 5 Mei nanti.
Sudahlah mengeluarkan 'fatwa' sendiri haram hukumnya mengundi PAS kerana bekerjasama dengan DAP menolak hudud, Abdullah kini mencemar reputasinya sendiri sebagai tok guru pondok tersohor di mata Umno apabila tergamak berkongsi video palsu kononnya dilakukan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.
Abdullah yang pernah mengaku menerima imbuhan RM2 juta kononnya inilah nilai ilmunya, kini tidak lagi dipandang sebagai seorang ulama malah lebih dikenali dengan panggilan tok guru lucah!
Bukti yang jelas terpapar dari salinan terus dari skrin komputer menunjukkan Abdullah seolah-olah menyindir video yang tersebar di laman sosial dan blog pro Umno malam tadi.
Komennya mengenai video tersebut berbunyi:
Ini bukan setopa ali SU pas pusat... kah kah kah Pkr yg mula-mula edar , UMNO yg di tuduh penfitnah...bangang sungguh org pas
(Ini bukan setopa [Mustafa] ali SU pas pusat... kah kah kah Pkr yg mula-mula edar , UMNO yg di tuduh penfitnah...bangang sungguh orang PAS)
Lebih memalukan, video tersebut telah tersebar lebih daripada 2,066 pemgikutnya yang suka kepada page peminat tersebut.
Bagaimanapun, komen yang diterima selepas Abdullah berkongsi posting ini 14 jam lalu mendapat kecaman pembaca yang tidak percaya tok guru pondok pun sanggup menyebar fitnah hasil didikan Umno.
Antara komen yang 'diterima' Abdullah adalah:
Ahmad Irfan Radzi bangang lagi ore hok dok sebar benda ni
16 hours ago · Like · 5
Nony Imtiyaz Page tuan guru berkongsi cerita begini? Malangnya !
14 hours ago via mobile · Like · 5
Puan Ainon Abdullah kenapa islam n muslim d malaysia jd begini? malunye ko bdk2 PASTI. diorg duk ngaji utk memuliakn islam tp kita tahap tok guru dh setaro ni jah mmikir. pah takat mano jah level/darjat kito? mana ilmu hk duk belajar sejak muda sampai ke tuo??sedihhhnyo ambo raso
14 hours ago via mobile · Like · 2
Hazirah Zaini Tindakan mereka la yg mengotorkan pentas politik...
Jijik! Org berkempen cara bg fakta, bntg manifesto, hujah.. Umno wat video lucah sje.. Klu nak berkmpen cara sihat, jom sme2 bntg manifesto! Biar org nilai...
Ops lupa.. Bn ciplak manifesto pr... Padanlah... Xde modal nk brkempen...
So pity kat korg.. Mesti berjaga lwt mlm edit video tp syg dosa gak dapek eh..
Penggali Parit Hebat umno... Tuan guru yg alim lagi disegani boleh ditukar jadi pembawa fitnsh, pengadu domba... Secara jujur aku tidak lagi menghormati ayah lah sbgai tuan guru, dia setaraf macai..
11 hours ago · Like · 3
Klik untuk bukti di laman tersebut:
https://www.facebook.com/TuanGuruHjAbdullahSaamahAnNajmiah?ref=ts&fref=ts
Rupanya inilah ketinggian nilai ilmunya yang dikatakan sehingga RM2 juta yang digunakan untuk menyebar video lucah palsu tanpa memikirkan kesannya terhadap generasi mudah apatah lagi golongan beragama di negara ini.
Persoalannya, apakah tergamak seorang bertaraf tok guru pondok merendahkan martabatnya persis pencacai Umno yang kemaruk dengan wang dan kuasa?
Anda nilaikanlah sendiri apakah nilai Abdullah di sisi Tuhan-Nya!
JALAN PULANG
P/s - Ini pesanan dari member gua masa belajar dulu, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman:
Saya dan NGO MURSHID mengajak masyarakat untuk mengeji dan mengelakkan diri dari memberikan sebarang sokongan kepada usaha meraih undi melalui cara siaran gambar atau video berunsur lucah dan tidak bermoral sama ada ia melibatkan ahli atau pemimpin dari apa parti sekalipun. Dilarang juga menyebarluaskan video dan gambar terbabit hatta kalau ia benar sekalipun. Hal ini terpakai kepada seluruh warga Malaysia dari semua parti dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan