PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 9 April 2013

PECAH BERITA! Kenapa Gobala Masih Tak Ada Kerusi Lagi?


Nampaknya ramalan selama ini mengenai nasib calon-calon spesis katak lompat masih tak ada kerusi rupanya benar belaka!

Jika tidak mengapa BEKAS ahli parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan merayu kepada Perdana Menteri, Najib Altantuya agar memilihnya untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Gobalakrishnan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) daerah Kulim berkata, ini kerana beliau yakin dapat memberi kemenangan kepada BN setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Katanya, sejak menjadi Ahli Parlimen Bebas tahun lalu, beliau bekerja sepenuh masa melakukan pelbagai program menyokong kepimpinan Najib termasuk program transformasi kerajaan di kawasan ini.

"Saya sendiri telah melakukan lebih 300 aktiviti kemasyarakatan di kawasan Padang Serai dengan penyertaan lebih 10,000 penduduk setakat ini," katanya pada program "Kami Rakyat Padang Serai Menyokong N. Gobalakrishnan Bertanding Sebagai Calon Ahli Parlimen Di PRU-13" berlangsung di Sungai Seluang, Paya Besar di Kulim hari ini.

Gobalakrishnan berkata, bagaimanapun sebarang keputusan bergantung kepada Perdana Menteri kerana beliau boleh juga memilih rakan-rakannya dalam Perkemas sebagai calon di kawasan itu.

Selain Gobalakrishnan, BEKAS ahli parlimen Bayan Baru, Zaharin Mohamed Hashim, BEKAS ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan BEKAS ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin juga masih belum dipilih sebagai calon bertanding di kerusi masing-masing.

Walaupun Gobalakrishnan merayu air mata darah sekalipun, ia tidak akan mengubah apa-apa kerana BN sudah mengenal pasti calon mereka dari MCA untuk bertanding menentang calon KEADILAN, N Surendran.

Beberapa nama sudah disenarai termasuk muka baru dari Alor Setar dan Kulim sendiri namun ia masih belum disahkan Najib Altantuya.

Selain faktor kesetiaanya yang dipersoalkan pengundi kerana mengkhianati amanah mereka, skandal dua keping cek bernilai RM1.4 juta yang didedahkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail pada 12 Mac 2011.

Menurut Saifuddin, kedua-dua cek berkenaan bagi menjelaskan bayaran pajakan tanah seluas 40.47 hektar di Lojing, Kelantan di antara syarikat milik Gobalakrishnan iaitu Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

"Adalah aneh secara tiba-tiba Ahli Parlimen Padang Serai dapat menjelaskan bayaran berkenaan sejurus selepas keluar parti dan berterusan menyerang KEADILAN.

"Dari mana sumbernya, siapa yang bermurah hati menolong, urusniaga apa yang dilakukan beliau hingga memungkinkan wang sebanyak itu diperolehnya?

"Januari dan Mac adalah kemuncak tempoh serangan, kecaman dan fitnah Gobalakrishnan terhadap KEADILAN dan ketika ini jugalah beliau secara tidak semena-mena mampu membayar RM1.4 juta untuk bayaran tanah ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari yang sama.

Gobalakrishnan mengumumkan keluar dari KEADILAN dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 29 Januari 2011 kerana kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu yang dianggap gagal menyelesaikan masalah kaum India.

Selain itu Saifuddin mendakwa, KEADILAN mengesyaki pengkhianatan beberapa Ahli Parlimennya yang bertindak keluar parti adalah atas dorongan habuan lumayan.

Buat Gobalakrishnan, carilah kerusi sendiri atau kalau dah kemaruk sangat nak dapat kerusi, pilihlah mana-mana kerusi yang berkenan di hati di Courts Mammoth atau IKEA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan