PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 17 April 2013

Belum Pun Penamaan Calon, Calon BN Dah Mula Tarik Diri

Belum pun sampai tarikh penamaan calon 20 April ini, Barisan Nasional (BN) menerima satu lagi khabar buruk, kali ini dari Melaka pula. Maklumat terbaru yang dipetik dari sumber Umno mengesahkan bahawa seorang calon Umno yang diletakkan untuk bertanding kerusi DUN sudah MENARIK DIRI!
Calon Umno yang dimaksudkan adalah Ab Karim Sulaiman yang akan bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara dalam parlimen Masjid Tanah.

Menurut sumber, Ab Karim tidak akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya selama dua penggal atas sebab-sebab tertentu yang masih belum diumumkan.

Dipercayai ia berkaitan dengan masalah kesihatan selain mahu menumpukan kepada perniagaan yang dibinanya selama ini.

Mesyuarat BN sedang berlangsung di kediaman rasmi ketua menteri di Seri Bendahara dan BEKAS ketua menteri, Ali Rustam yang bertanggungjawab sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri nampaknya tidak meneliti terlebih dahulu faktor penting seperti kesihatan sebelum menyenaraikan calon kali ini.

Iyalah, bukan setakat kewangan dan populariti yang diutamakan tetapi faktor kesihatan dan tidak muflis juga mesti diambil kira dan Umno negeri semakin tergugat dengan perkembangan terbaru ini.

Ini sekaligus membuktikan transformasi yang kononnya dibawa BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya BOHONG belaka!

Lain pula ceritanya di Kelantan.

Sebaik sahaja Ibrahim Ali disahkan tidak tersenarai dalam senarai calon BN, khidmat pesanan ringkas (SMS) bertebaran memaklumkan ia hanya wayang Umno untuk memujuk rakan-rakannya dalam BN.

Menurut sms itu, Ibrahim Ali akan disahkan sebagai calon BN apabila calon BN yang diumumkan, Datuk Johan Che Pa akan ditolak dengan beberapa masalah teknikal.

"Ketika itu, bila calon BN tidak sah kerana masalah teknikal, para penyokong BN akan diminta menyokong Ibrahim Ali.

"Itulah rancangan Umno, jadi orang-orang Cina dan India dan lain-lain tak boleh kata Ibrahim adalah tajaan Umno," kata SMS itu.

Ia disebarkan di merata kawasan bahkan di Pasir Mas sendiri.

Sebelum ini, ketika tidak diumumkan sebagai calon, Ibrahim Ali melahirkan rasa kesalnya.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berkata tidak mengetahui mengapa dirinya tidak terpilih sebagai calon PRU Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya," katanya dipetik dari laman sesawang Astro Awani.

Ekoran itu, beliau mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di Pasir Mas.

PAS Kelantan akan mengumumkan senarai calonnya untuk bertanding di kerusi parlimen dan DUN malam ini.

Jurucakap Perhubungan PAS negeri berkata, calon-calon tersebut dikenali umum dan sebahagian besar tinggal di kawasan yang akan ditandingi mereka.

Katanya, saringan pemilihan calon dilakukan sejak tahun lepas, di mana dikemukakan bermula dari peringkat akar umbi.

“Nama-nama tersebut akan diumumkan secara rasmi oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Machang malam ini.

“Program tersebut bermula solat Maghrib, munajat, solat Isya dan kemudian diikuti majlis pengisytiharan calon,” katanya di sini.

Ceramah perdana pula akan menampilkan Naib Presiden PAS, Husam Musa, bekas Speaker Dun Kelantan, Nasuruddin Daud dan anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Program tersebut bertema “Kekalkan Kelantan Ubah Putrajaya”.

Dijangka puluhan ribu rakyat Kelantan bakal membanjir padang Majlis Daerah Machang malam ini, mengulangi sejarah yang pernah dicatat sebelum ini.

Sementara itu kemelut dalaman Umno semakin terserlah selepas nama-nama calon diumumkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan semalam.

Difahamkan banyak kumpulan yang tidak puas hati dengan calon yang ditampilkan. Mereka sebelum ini dikatakan akan berhimpun di hadapan pejabat Perhubungan Umno Kelantan, namun tidak ramai hadir kerana hujan lebat.

Malah suara-suara tidak puas hati mulai kedengaran di Rantau Panjang dan Kubang Kerian apabila ketua bahagian di kawasan tersebut dipinggirkan.

Ekoran masalah dalaman tersebut kemungkinan besar calon PAS di Rantau Panjang dan Kubang Kerian tidak berdepan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Di Gua Musang pencalonan semula Tengku Razaleigh Hamzah menyebabkan beberapa anggota jawatankuasa Umno Gua Musang melahirkan rasa tidak puas hati.

Malah ada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan mengisytiharkan sokongan terbuka kepada calon Pakatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan