PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 16 April 2013

Mohamad Rashidi Mohamad Yusof
1:51 PTG (14 jam yang lalu)

kepada sinarharian.prk
Ijtimak PRU13...
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: PAS kawasan akan membuat penyerahan panji-panji khas kepada
semua ketua Unit Peti Undi (UPU) seluruh Parlimen Lenggong sebagai
tanda pelancaran jentera Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Khamis (18
April) ini di Dataran Haji Zul, Lawin dekat sini.
   Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan (JPRK) Lenggong, Mohd
Zahudi Nasaruddin, berkata penyerahan panji-panji itu akan diadakan
serentak dengan pengistiharan calon-calon yang akan bertanding pada
PRU13 nanti.
   Katanya, PAS Lenggong telah mengetengah calon yang sangat berwibawa
untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Lenggong yang belum pernah
dimenangi oleh pembangkang sejak bermula pilihan raya.
   "PAS Lenggong mengemukakan Yang Dipertuanya yang juga merupakan
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria untuk bertanding pada
PRU kali ini yang dijangka paling sengit terpaksa dihadapi Barisan
Nasional," katanya.
   Mohd Zahudi berkata, Razman Zakaria telah dikenali oleh ramai
pengundi di seluruh Parlimen Lenggong kerana beliau telah turun ke
seluruh kampung bagi menyantuni rakyat sejak empat tahun lalu.
    Katanya, sikap ramah mesra serta memiliki perwatakan yang menarik,
sekali gus sebagai pemimpin serba boleh, Razman telah diterima oleh
semua kaum yang ada di Lenggong, termasuk Orang Asli.
   Menganai program yang dinamakan Ijtimak Penyerahan Panji-Panji
PRU13 Parlimen Lenggong itu, katanya, akan diisi dengan munajat
perdana bermula dengan solat Magrib berjamaah.
   Katanya, beberapa amanat akan disampaikan oleh Razman sendiri
selain oleh Ketua Dewan Pemuda, Mohd Wazir Mat Zain, Ketua Dewan
Muslimat, Zainab Ahmad dan Ketua Urusan Ulamak, Mohd Hanafiah Idris.
   Wakil-wakil DAP dan PKR juga akan hadir selain lima orang dari
setiap UPU seluruh kawasan Parlimen Lenggong, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan