PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 24 April 2013

Dengan Muka Selamba.. Nizar Berkempen Di Bilik Gerakan BN


Satu pendekatan yang bersahaja dari menteri besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin semasa berkempen pada pilihanraya umum ke-13. 

Dengan selamba, beliau menberanikan diri berkempen di di kubu kuat Barisan Nasional (BN) DUN Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan.

Bilik gerakan tersebut terletak di kawasan pasar malam di Taman Kota Jaya dekat Taiping, dalam kawasan parlimen Bukit Gantang.

Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ.

Senario ini boleh menyebabkan calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya Nizar berkempen.

Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaluddin.

Turut bersama dengan Nizar ialah calon PAS bagi parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad.

Gaya berkempen Nizar memang menarik dan santai.

Sebelum ini beliau penah mengemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah Umno sebagai tetamu yang tak diundang di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak.

Ternyata Nizar memiliki aura tersendiri hinggakan semua petugas BN tidak berani untuk memaki hamun walaupun Nizar merupakan calon Pakatan Rakyat.

Berkemungkinan, rakyat masih terasa sedih termasuk penyokong BN sendiri dengan rampasan kuasa pada 2009 dan Nizar cuma menjadi menteri besar setakat 11 bulan sahaja.

Sentimen rendah diri yang ditunjukkan Nizar berjaya menambat hati semua kaum hinggakan petugas BN berebut-rebut untuk bergambar dengannya tanpa sebarang masalah.

Tahniah Nizar... Bakal menteri besar Perak yang matang dalam berpolitik tanpa perlu mengeluarkan video lucah yang dijaja Umno dan BN.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan