PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 23 April 2013

PECAH BERITA! Zambry Sudah Mengaku Perak Bakal Dirampas Pakatan Rakyat?


Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan terbuka pemimpin Umno nombor satu dalam negeri Perak menggambarkan apa yang sebenarnya sedang berlaku di seluruh negeri ini.

Jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang, begitulah perumpamaan paling tepat bagi menjelaskan maksud di sebalik kenyataan BEKAS menteri besar HARAM, Zambry Abdul Kadir semalam.

Dalam satu wawancara dengan sebuah portal pro-Pakatan Rakyat, Zambry seakan mengiku jejak langkah bosnya, Najib Razak yang menjamin proses peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya Pakatan Rakyat kembali berkuasa di negeri ini.

Walaupun sedikit kenyataan tidak bertanggungjawab Zambry semasa wawancara itu diadakan, namun kedudukan Perak sebagai sebuah negeri yang masih terkesan dengan rampasan kuasa, kebetulan didalangi Najib sendiri, ia sudah cukup membuatkan rakyat di negeri ini sudah tidak sabar-sabar untuk menerima kembali Pakatan Rakyat berkuasa di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh dalam tempoh dua minggu lagi.

Ternyata ada benarnya kata-kata Zambry apabila ditanya tentang bagaimana kesan rampasan kuasa mempengaruhi sokongan Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Daripada sejumlah 59 kerusi DUN, Pakatan Rakyat mensasarkan sekurang-kurangnya memperolehi 33 kerusi bagi mendapat majoriti mudah seterusnya kembali berkuasa setelah disingkirkan melalui rampasan kuasa yang begitu menjijikkan.

Tambah Zambry, Pakatan Rakyat juga seharusnya bertenang semasa proses peralihan kuasa dilakukan dan dia memberi amaran jangan ada lagi insiden serupa yang dialami oleh pakatan itu ketika memilih siapa yang layak menjadi menteri besar.

Tetapi Zambry silap kerana bekas menteri besar yang sah, Nizar Jamaluddin yang kini bertanding di DUN Changkat Jering sudah sebulat suara akan dilantik ke jawatan itu, maka Zambry tak payahlah sibuk mencampuri urusan Pakatan Rakyat kerana dalam BN sendiri pun sudah banyak masalah.

Bermula dengan kejutan oleh bekas naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim bertanding di parlimen Kuala Kangsar seterusnya keluar dari Umno serta-merta, semalam insiden membabitkan BEKAS Exco nya sendiri, Hamidah Osman turut mencalar imej Zambry sebagai ketua Umno negeri.

Diibaratkan Umno kali ini masuk gelanggang pilihanraya dalam keadaan serba pincang di sana sini dan hanya mengharapkan jentera pergerakan pemuda dan puteri parti itu untuk menjalankan kempen kerana jentera wanita yang menjadi tulang belakang sudah berkerat rotan berpatah arang.

Hujah Zambry yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan mencetuskan huru hara sangat tidak bertanggungjawab kerana sejarah sudah membuktikan Umno lah yang takut kehilangan kuasa seperti yang berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang hingga tercetus insiden berdarah 13 Mei 1969.

Padahal ketika krisis politik di negeri itu, Pakatan Rakyat hanya mengadakan demonstrasi di hadapan Istana Iskandariah di Bukit Chandan kerana merasakan tindakan tiga ADUN yang berpaling tadah masih belum dimuktamadkan, sama ada dari mahkamah atau kenyataan Peguam Negara, Abdul Gani Patail.

Walaupun Najib berjaya merasuah ketiga-tiga ADUN tersebut namun ia membuktikan betapa jahatnya strategi Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri sanggup mencemar proses demokrasi dengan menggunakan wang taikun yang rapat dengan pemimpin Umno hingga dikatakan mencecah jumlah keseluruhan RM45 juta.

Zambry seharusnya berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana walaupun hanya sempat memerintah 11 bulan namun pelbagai program untuk rakyat masih diteruskannya kerana ia relevan dengan kehendak dan keperluan rakyat negeri ini.

Jangan cuba menunding jari kepada Pakatan Rakyat atas kekecohan yamg berlaku tetapi halakanlah jari kamu terhadap Najib yang menjadi punca segala-galanya hingga menyebabk negeri ini ditertawakan seluruh dunia kerana mempunyai dua kerajaan dalam satu masa.

Jika Nizar pula sekali lagi menggantikan Zambry, ia merupakan satu sejarah baru dalam politik negeri ini malah negara kerana dilantik sebanyak dua kali dalam tempoh cuma empat tahun 11 bulan.

Nyata Zambry seakan sudah mengakui Pakatan Rakyat akan kembali meneruskan pentadbiran di negeri ini dan 24 kerusi parlimen di negeri ini pun belum tentu semuanya dapat dirampas Zambry dan pasukan barunya.

Dengan memegang kata-kata Zambry ini di kediaman menteri besar semalam, adalah diharapkan dia boleh mengotakan janjinya dan tidak mengarahkan penyokongnya mencetuskan huru hara mirip tragedi 13 Mei yang boleh menggugat keselamatan negara.

Sesungguhnya Pakatan Rakyat amat mengharapkan Zambry tidak lagi memungkiri janji yang dilafazkannya sendiri, bukan setakat semasa diwawancara malah di hadapan penyokongnya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan