PECAH BERITA! 12 Lagi Artis Bakal Dikenakan Tindakan BOIKOT?
Agaknya inilah yang dimaksudkan syukur kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya 12 artis 'suam-suam kuku' yang membantu berkempen bagi parti itu siang tadi.
Setelah Salih Yaacob terus 'tutup buku' setelah kantoi dalam siri video memfitnah Pakatan Rakyat iaitu "Bangkang Dari Longkang", nampaknya makin berderet pula senarai artis yang pasti akan diboikot oleh penyokong Pakatan Rakyat.
Seramai 12 artis turun padang bersama-sama membantu jentera BN Kedah melalui program Ziarah Syukur bagi memantapkan lagi kempen BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Artis seperti nama-nama yang disenaraikan di bawah:
1) Aziz Satar
2) Mustafa Maarof
3) Kuna
4) Shiera Iskandar (gambar)
5) Norlia Ghani
6) Norniswara Baharuddin
7) Hail Amir
8) Salma Mentor
9) Farah Wahida
10) Kismah Johari
11) A.R Badul DAN
12) Yantzen
Kesemua mereka hari ini dikesan berkempen di Pasar Tani Taman Wira Mergong di Alor Setar membantu kempen calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata, Ahmad Bashah Md Hanipah.
Mereka menyampaikan buku menifesto BN kepada peniaga dan pengunjung.
Aziz yang turut berkempen di beberapa lokasi di Kedah berkata beliau turut sama dalam program itu kerana mahu mengingatkan rakyat supaya bersama-sama bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan sepanjang pentadbiran BN di Malaysia.
"Hanya ini sahaja sumbangan yang kami boleh berikan terhadap BN. Kami tidak ada senjata besar. Hanya sekadar membantu calon dalam berkempen. Mudah-mudahan dengan sedikit mesej yang kami bawa dan jika dimanfaatkan, ia akan menjadi sesuatu yang besar," katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau berkata beliau tidak pandai berpolitik tetapi sejak Umno ditubuhkan pada 1946, hanya satu parti itu sahaja yang beliau ingat sehingga sekarang.
"Mudah-mudahan BN akan kekal selamanya kerana parti ini yang telah berkorban apa sahaja demi mensejahterakan rakyat. Pengorbanan yang telah dibuat boleh Barisan Nasional amat besar kepada kita.
"Keenam-enam Perdana Menteri telah berjasa kepada kita semua dan sekarang ini ada pula pihak tertentu yang menyatakan nak buat perubahan itu dan ini, malah ada antaranya yang mengeji pembangunan yang ada sekarang ini.
"Tapi pembangunan yang mereka keji itu, itu juga yang mereka gunakan. Kalau betul mereka gentleman, mereka perlu buat yang lain dan jangan hina apa yang telah orang buat kerana apa yang mereka hina itu, mereka juga yang guna," katanya.
Aziz meminta masyarakat supaya sedar dan menerima BN dengan sepenuh hati dan tidak menyokong pihak yang belum tentu dapat memberi kesenangan kepada rakyat.
"Sekarang ini kita dah boleh berlari dan mengejar, buat apa kita nak merangkak balik? Kalau kita merangkak, berapa tahun pula kita nak berlari pula? Sekarang semuanya dah ada, malah kerajaan menambahnya lagi untuk kesenangan kita. Jadi fikir-fikirkanlah," katanya.
Bagi artis muda, Shiera Iskandar yang akan mengundi buat pertama kali pada 5 Mei nanti berkata beliau sangat teruja dan berharap agar Malaysia akan terus diterajui oleh kepimpinan yang sedia ada.
"Sebagai generasi muda, kami memang mengharapkan kemajuan dan kestabilan negara ini dapat dikekalkan malah mungkin akan lebih baik lagi. Jadi apabila artis sama-sama berkempen, ia mungkin dapat membantu menarik lebih ramai pengundi mengundi Barisan Nasional," katanya.
Program yang dijayakan Pengerusi Eksekutif Intenkreatif Sdn Bhd, Zaienal Abidin Omar itu meneruskan siri jelajah mereka ke kawasan Parlimen Pendang dan Parlimen Jerlun.
Mengulas lanjut Sheera yang juga anak kepada pelakon Aznah Hamid berkata, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk pulang mengundi di kawasan Parlimen Pasir Mas di Kelantan pada 5 Mei ini.
"Ini kali pertama saya akan mengundi, jadi insyaAllah saya akan pulang menunaikan tanggungjawab saya," katanya sambil menambah bahawa dia mengetahui mengenai calon yang bertanding di kawasannya iaitu antara Ibrahim Ali sebagai calon Bebas dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz daripada PAS.
Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN Kedah berkata kehadiran artis-artis ke Kedah merancakkan lagi kempen BN dan beliau harap lebih ramai pengundi terutamanya peminat setia artis-artis itu mengundi BN supaya BN dapat semula mentadbir Kedah.
"Kita sedia maklum bahawa artis-artis ini mempunyai banyak pengikut. Dengan kehadiran mereka di sini, mungkin ia dapat menarik peminat mereka supaya mengundi kita (BN) kerana artis kesayangan mereka juga menyokong kita," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan