PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 29 April 2013

1000 sertai konvoi - ada gambar
Oleh Mohd Syamil Azhar.
LENGGONG: Lebih 1000 menyertai konvoi jelajah kawasan Parlimen P.055 Ahad lalu, bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria, dengan penyertaan sebahagian besar daripadanya terdiri daripada anak-anak muda bermotorsikal, termasuk 16 superbike.
     Ketua Penerangan PAS kawasan, Mohmad Saidi Sabri berkata, penyertaan seramai itu, terutama dari kalangan anak-anak muda dengan semangat berkobar-kobar yang sebelumnya tidak disangka-sangka sama sekali akan mendapat sambutan sebegitu rupa, menjadikan panjang konvoi itu lebih satu kilometer.
     Katanya, konvoi bermotorsikal dan berkereta itu bermula jam 12 tengahari dari rumah Razman sendiri di Kampung Luat dan berakhir di Kampung Air Ganda, Gerik, berjaya menjelajah beberapa buah kampung, termasuk Banggol belimbing, Chain, Telok Batu, Temelong, Bukit Nangka, Sumpitan, Felda Lawin Selatan, Felda Papulut, Felda Lawin Utara.
     Kampung Tanjung Rambai, Air Panas, Ulu Kenderong, Tanjung Kala dan seterusnya ke Kampung Air Ganda.
     "Sampai di Felda Lawin Selatan peserta-peserta konvoi berhenti untuk bersolat Zohor di masjid bersama jamaah tempatan , manakala solat Asar di Air Ganda sebaik saja sampai di kampung itu.
     "Lebih 1000 peserta konvoi dijamu makan nasi di Kampung Air Ganda, di mana nasi serta lauk tambahan terpaksa disediakan bagi menampung jumlah yang ramai yang memang tidak disangka-sangka itu," katanya.
     Mohmad Saidi berkata, di Air Ganda Razman yang juga Yang diPertua PAS Lenggong diberi kesempatan untuk berucap menyampaikan amanat kepada peserta-peserta yang rata-ratanya adalah petugas-petugas jentera pilihan raya PAS Kawasan Lenggong. 
     Katanya, konvoi itu berakhir jam 5.30 petang.
Tamat.Imej dalam baris 1Imej dalam baris 2Imej dalam baris 3Imej dalam baris 4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan